Selamat malam...hari ni lewat masuk entri biasalah surirumah merangkap ahli perniagaan kecil macam cik Zah ni kadang kadang tiba juga hari sibuk sampai tak ada ruang nak masuk dapur tapi dek kerana suami cik Zah kata masak yang simple jer malam ni cik Zah pun buat lah ayam roasted dan roti garlic...ehh awat cik Zah guna bahasa rojak menu kali ni? hehehe kita kan orang Melayu nak makan masakkan barat jadi cik Zah satukan dua bahasa..
Mula mula nak tunjuk dulu ayam roasted...
Antara bahan bahan yang cik Zah guna selain dari ayam...
Selain dari bahan bahan di atas cik Zah juga guna sedikit kicap manis dan garam..
Lap ayam gunakan tisu dapur sampai kering kemudian cucuk isi ayam lumurkan dengan bahan bahan di atas dan perap selama 3 jam atau lebih..
Panaskan oven 200 darjah celcius...letak ayam dalam bekas pembakar lepas tu tambah ubi kentang yang di belah dua...bakar selama 1 jam..
Dah siap...boleh dimakan bersama salad atau garlic bread dan mushrom sup..
Hahaha...cik Zah pakai roti Gardinier jer buat garlic bread...guna buttercup, bawang putih tyme dan sedikit garam. Kacau rata sampai sebati..
Boleh simpan dalam peti sejuk....bila nak makan terus sapu diatas roti dan bakar.
Buat macam ni....makan panas panas lagi sedap
Yang ni mushrom sup cik Zah pakai yang dalam tin...Cambell
Mudahkan makan malam cik Zah dan family....hahaha mertua cik zah tak makan semua ni...dia cik Zah buatkan egg benjo yang tak letak apa apa.
Kepada yang nak cuba buat chicken roasted jangan bubuh kicap manis banyak sangat nanti manis pulak rasa ayam...resepi ni cik Zah belajar masa cik Zah dok tolong tolong ex mertua di dapur...ada beberapa lagi resepi yang cik Zah belum buat...nanti ada masa cik Zah tunjuk dalam entri ni...
Selamat mencuba...........: )
Weh cik zah .. mai la duk sebelah rmh aku. dpt aku tmpang makan sedap2. Hihi.
ReplyDelete