Wednesday 31 August 2011

Salam Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri dari cik Zah sekeluarga....kepada semua kawan kawan cik Zah mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap andai kata cik Zah terkasar kata sepanjang berada di entri ni...
Tahun ni anak bujang cik zah seorang saja tak dapat balik sebab baru mula kerja...tak dapat cuti...hanya seorang saja yang dapat balik tapi dalam gambar ni dia tak ada....lepas sembahyang raya terus tidur..
Di bawah ni ada gambar gambar semasa hari raya pertama...


Di pusara ayahanda

Keluarga Cikgu Azlina dan Cikgu Badrul
Aisyah dengan duit raya..

Si kembar Azian dan Aziah....seorang dah jadi mama...seorang lagi masih single...

Ini ahli baru dalam keluarga cik Zah..........Sharmeen Annur Medina Shahrul

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
dan 
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan



Thursday 18 August 2011

18 Ramadan Berbuka Bersama Keluarga

Salam pagi Jumaat.......tak ada cerita masakkan untuk di paparkan dalam entri ni cuma beberapa gambar ketika cik Zah nak keluarga berbuka bersama keluarga

Dalam coffee house penuh dengan kakitangan Syarikat Beras Faiza yang buat jamuan berbuka puasa...tetamu lain terpaksa duduk di Setanjong Lounge....rasanya lebih selesa dari coffee house yang sesak dan bau asap kambing bakar...menu istimewa hotel sempena bulan ramadan rusa atau pun kambing bakar...

Tempahan awal menyelamatkan keadaan
 


Ini family cik Zah.....

Ini lah bonda cik Zah......

Adik cik Zah.....Azian, Shahrul dan baby Sharmeen Annur Medina...........

Ini lauk anak cik Zah ambil second round...kambing panggang, ayam percik basah, daging masak hitam dan sayur....kesemuanya sedap..cuma ayam percik macam ayam tu di rebus kemudian curah kuah percik dan bakar seketika...

Fazri sedang menghayati makanan....yang sebelah tu tengok saja sebab semua lauk dan kuih muih di situ tak sedap....tak ada rasa...alamak chef hotel pun kena komplain tak pandai masak...padahal orang lain makan sampai licin...

Kebab ayam...SEDAP 

 Popia goreng yang ranggup...dan isi ketam yang sedap..

Haa....yang ni memang tak sedap....selalunya laici kang manis tapi hotel ni nak jimatkan gula...nak kata tawar ada juga rasa manis...tapi manis macam air yang kita dah tambah banyak air...

Rasanya ini saja kot serba sedikit gambaran yang cik Zah sempat rakamkan...juadah lain cik Zah tak sempat nak ambil gambar sebab orang terlalu ramai...semua berebut rebut nak ambil makanan macam lah makanan tu nak habis.....padahal berlambak lambak lagi....itu lah manusia selalu tamak...macam tak pernah jumpa makanan...tak insaf di bulan keinsafan ni.....akhirnya tak habis pun juadah yang di ambil...



Wednesday 17 August 2011

Nasi Lemak di Bulan Puasa

Assasalamualaikum...........sebenarnya ini juadah berbuka semalam. Disebabkan kesibukkan dan masa itu tak menunggu kita hanya yg ni saja cik Zah sempat masak untuk berbuka...masuk dapur pun dah dekat pukul 5 petang...kadang kadang cik Zah rasa bulan puasa lah bulan yang paling sibuk sebab semua tugasan dah berubah waktu.....pagi2 lepas hantar anak sekolah cik Zah kadang kadang terus menghantar barang barang TUPPERWARE ke rumah rakan rakan kongsi....kalau tak ada apa apa cik Zah balik terus tidur seketika sebelum menguruskan hal2 rumahtangga...
Macam semalam cik Zah terlalu sibuk sebab ramai pulak yang oder bekas bawang Tupperware...ya lah murah dan bukan senang nak dapat harga semurah tu...
Berbalik kepada lauk berbuka puasa semalam cik zah ada buat ayam goreng bumbu...

Ayam goreng bumbu

Mudah saja nak buat ayam goreng bumbu ni....cik Zah tumbuk bawang putih, lengkuas dan lada hitam...lepas tu gaul ayam dengan bahan2 yang kita tumbuk bersama garam dan serbuk kunyit....perap selama sejam setengah atau dua jam...masa nak mengoreng kita pukul sebiji telur ayam kemudian masukkan kedalam ayam yang di perap kacau rata....panaskan minyak dan goreng sampai masak...mudahkan...yang penting memang sedap dan daging ayam pun lembut...

Murtabak Daging

Ini murtabak daging yang paling popular di tempat cik Zah...sekeping rm2.50 saja...kalau makan murtabak ni kita akan dapat rasa isi kandungan murtabak yang sedap...bukan makan murtabak yang penuh dengan bawang....memang sedap cik Zah bagi 4* tau..

Ok lah jumpa lagi............

Selamat berpuasa..............................: )



Friday 12 August 2011

12 Ramadan

Salam petang Jumaat....hari ni cik Zah tak ada masak yang istimewa cuma lauk kampung saja...dah jemu dengan ayam, daging , udang dan sotong....cik Zah masak kari ikan senangin...pagi pagi tadi suami cik Zah dah pi cari ikan di Kuala Kedah...kebetulan jumpa orang jual ikan senangin...hari ni murah tak mahal sekilo rm18 saja kalau hari lain sekilo mencecah rm20...tapi tak besar sangat ikan senangin tu...besar lengan org dewasa saja.
Nak jadi cerita suami cik Zah nak makan buat kari tapi mertua cik Zah nak makan asam pedas...kita sebagai tukang masak ni serba salah nak masak apa...last sekali suami cik Zah menang sebab kebetulan petang semalam dah berbuka dengan asam pedas daging tetel...
Kari Ikan Senangin

Yang ke dua cik Zah buat.....

Sayur Campur

Lauk yang ketiga....pembuka selera tau...

Sambal Tempoyak....yummy

Tempoyak tu cik Zah buat sendiri tau...di makan dengan...

Timun Jepun

Dan pencuci mulut suami cik Zah ada beli beberapa jenis kuih muih...antaranya...

Bengkang Kacang Dal

Mungkin ramai yang tak tau atau pun tak pernah cuba bengkang kacang dal...susah nak jumpa kalau di Alor Setar hanya di bazar ramadan Simpang Kuala atau pun Jalan Stadium saja.. dulu harga 4 biji rm2 tapi sekarang 2 biji rm2....awat yang mahal pun tak tau lah..

Ok lah....Selamat Berbuka........: )


Wednesday 10 August 2011

Siput Retak Seribu Masak Lemak Cili Padi

 
Salam di petang Rabu....tetiba hari ni cik Zah masak awal sebab tak mau kalut macam hari hari biasa...kebetulan hari ni cik Zah pergi pasar tengok ada siput retak seribu....sebenarnya cik Zah tak berapa suka makan siput ni tapi mertua cik Zah suka sangat makan siput ni kalau di masak bercili atau pun masak lemak cili padi...berselera dia...
Nak buat masak lemak ni sama dengan masak lemak cili padi yang lain cuma cik Zah tak letak santan banyak sangat...biar cair cikit dan masukkan sedikit kuib ikan bilis....jangan lupa ketuk serai tau..
Lepas tu cik Zah kebetulan ada simpan petai dalam peti sejuk...tengok ada udang...terus cik Zah masak sambal petai dengan udang...
 
Sebagai pencuci mulut suami cik Zah beli tembikai....dia siap tolong potong dan simpan dalam peti sejuk....bila berbuka bolehlah sejukkan tekak dengan tembikai manis ni....

Mmmm....sejuk tekak bila makan tembikai ni...
Rasanya kejap lagi baru suami cik Zah pergi bazar ramadhan nak tengok bengkang ubi kayu..memang sedap kalau ada masa cik Zah masukkan gambar bengkang ubi kayu....
Selamat berbuka ...ehh awal lagi lah...




Tuesday 9 August 2011

Belanja Dapur Lebih Bahagian 2...

Assalammualaikum....syukur dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Dan tak sangka pulak dah ada 23 orang follower...hahaha biar sikit sikit lama lama jadi bukit....terimakasih semua...dan tak sangka kak ida 1001 resepi pun termasuk dalam follower cik Zah...terharu..gembira sangat..
Berbalik pada tajuk entri cik Zah hari ni sebenarnya cik Zah rasa terkejut juga bila ada di kalangan teman2 fb bagi komen tentang tajuk Belanja Dapur Lebih...depa tolong bagi pendapat dekat cik Zah suruh tulis dalam entri ni yang kaum isteri kena minta duit elaun juga....
  1. Tiap tiap hari hantar anak anak ke sekolah dan jemput balik
  2. Setiap kali pergi pasar kena angkat barang sampai sakit jari 
  3. Berfikir nak masak lauk apa untuk suami dan anak anak
  4. Menjadi tukang dobi baju dan lipat baju menimbun macam bukit
  5. Mop lantai dan cuci bilik air dan tandas
  6. Kretiviti menghias rumah
  7. Mendidik dan menjaga keselamatan anak anak dirumah
 Rasa rasa patut ke kita minta semua tu?...bagi cik Zah elaun tu memang perlu dah menjadi tanggungjawab suami beri pada isteri tapi tak lah keterlaluan sangat kot....apa pun itu semua ikut kemampuan dan pendapat masing masing....apa yang penting.....KERJASAMA......macam wonder pet dengan kawan kawan dia kata setiap hari pukul 2.30 petang di TV9...


Betul tak????..............: )




Monday 8 August 2011

Batu Karang dan Daging Salai...

Salam semua....hari ni pun macam hari semalam cik Zah kalut tak keruan. Malam semalam pukul 2.15 pagi adik cik Zah...Azian call bg tau bonda kesayangan cik Zah sakit pinggang sampai tak boleh bergerak...cik Zah macam terkena kejutan letrik seketika bangun terus dari tidur walaupun mata memang tak boleh nak buka..mana tak nya rasanya baru sejam cik Zah lelapkan mata...
Fuhh.....bila tengok bonda cik Zah rasa nak tukar rasa sakit tu pada cik Zah...keputusan terbaik bawa bonda ke hospital 24 jam...setelah di periksa doktor kata kemungkinan ada batu karang dkt buah pinggang...alamak satu tamparan hebat buat cik Zah...baru saja kehilangan ayahanda kini bonda pulak sakit...Suami cik Zah minta doktor bagi suntikkan tahan sakit buat sementara waktu sebab kesian tengok bonda dok menggeluh tahan sakit... Alhamdulillah selepas 1 jam bonda di benarkan balik...rasa sakit semakin kurang...balik rumah cik Zah dah tak boleh tidur sebab waktu untuk bersahur pulak...selepas sahur cik Zah dah tak dapat nak buka mata lagi...gagah kan juga utk solat subuh...terus zzzzzzzz...
Pagi2 tadi cik Zah p jenguk bonda...alhamdulillah dah ok cuma terasa sedikit senggal di pinggang. Tiba2 jiran datang memberi salam menyampaikan berita sedih...ibu kepada salah seorang jiran terdekat meninggal dunia semasa mengaji quran di rumah...cik Zah cukup kenal makcik Nah..terus cik Zah dan suami ke Felda Sg Tiang Pendang ziarah jenazah makcik Nah...
Dah hampir separuh hari masa berlalu cik Zah terus selesaikan beberapa perkara di bank kemudian terus balik masak untuk berbuka petang tadi...di awal perancangan nak buat masak lemak cili padi daging salai tapi akhirnya...

Jadi masak lemak cili padi daging dengan kentang....nak buat macam mana masa terlalu singgkat untuk cik Zah salai daging...tapi suami cik Zah kata ok lah janji kita dapat makan..

Sekian duluu..............: )







Sunday 7 August 2011

Amboi Letihnya....

Selamat malam....awat tak tau cik Zah hari ni letih yang amat. Lepas hantar anak sekolah dok cadang nak p jelajah rumah rakan rakan kongsi nak kejut depa supaya jangan tidoq bulan posa ni...bisnes kena gerak kalau nak duit raya...alih alih cik Zah sendiri dah tertidur.
Lepas hantar si Kamalia p sekolah biasanya cik Zah balik sekejap kemas apa yang patut dan sidai kain baju yang dah siap di basuh...hari ni semua kerja kerja tu suami cik Zah yang buat. Terimakasih sayang...cik Zah tertidur sampai berdengkur kata suami....ehh..malu lah bila suami cakap macam lembu kena sembelih.. dasyat lah maknanya tu kan..
Bila terjaga jam dah tunjuk pukul 10.30 pagi...dah rasa malas nak p jelajah rumah rakan rakan kongsi. Akhirnya cik Zah p pasar cari lauk buat masak berbuka petang nanti...memandangkan mertua cik Zah sejak bulan posa ni mood makan dah hilang cik Zah dan suami cuba gembirakan dia dengan menu kegemaran dia..mana tau kot kot berselera...
Masak lemak cili padi ketam campur udang dengan nenas....

Ikan gelama masam....

Haa..yang ni menu untuk cik Zah, suami dan Kamalia...rasanya kami pun dah hilang mood nak makan nasi....cik Zah buat angel hair spegeti goreng seafood..hahaha entah apa apa lah cik Zah bagi nama menu ni..sebenarnya cik Zah tengok ketuk ketuk ramadhan rancangan nombor satu tu....cuba lah masak resepi yang Shila Rusly buat....memang sedap. Boleh bagi 4*....
lagi?.....

Ini karipap dan belotok segera cik Zah beli dari mertua adik cik Zah....memang sedap..siapa makan pasti nak lagi....betul...yang ni cik Zah bagi 5*
Tu dia orang letih masak untuk berbuka..........


Sekian dulu ya.........: )





Saturday 6 August 2011

Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum.......cik Zah nak bagi satu resepi mudah untuk orang orang yang sibuk tak sempat nak masak untuk berbuka atau pun untuk bersahur. Cukup mudah nak sediakan masakan ni...kalau tak cukup masa sebelum p kerja atau keluar rumah perapkan dulu daging batang pinang yang di hiris nipis dengan jintan manis yang digoreng tanpa minyak kemudian di tumbuk halus bersama lada hitam. campur dengan sedikit serbuk kunyit dan perap daging dan simpan dalam peti sejuk..
Bila dah sedia untuk memasak kita kisar halus bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Lepas tu kita panaskan kuali dn sedikit minyak...tumis bahan yg di kisar. Biar sampai sedikit garing baru masukkan daging yang kita perap tadi. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging..


Kalau daging belum lembut kita tambah air lagi...tapi daging batang pinang memang cepat lembut. Disini cik Zah guna kuali TupperChef Fryer jenama TUPPERWARE...cewahh promosi sikit..


Kuali ni cukup istimewa sebab ada kelebihan mengumpul haba yang cukup lama kerana pemukaan bawah kuali ni tebal...lebih kurang macam presure cooker juga lah...kira menjimatkan gas semasa kita memasak...kalau tutup api periuk ni akan mengekalkan haba yg lama.....keistimewaan lain kuali ni boleh memasak pizza tak sampai 8 minit di atas dapur ...
Berbalik kepada cara masak daging kunyit ni selepas daging empuk barulah kita masukkan garam, perasa, bawang yang di hiris bulat dan cili yang di hiris...

Sesiapa yang nak beli kuali TupperChef Fryer sila hubungi cik Zah ya......

Selamat mencuba.............: )



Friday 5 August 2011

Bila isteri minta belanja dapur lebih dari biasa...

Salam di pagi sabtu.......hari ni cik tak ada nak cerita tentang resepi tapi nak berkongsi ceria tentang satu artikel yang cik Zah baca dari sebuah majalah tempatan. Tajuknya memang best sebab berkaitan dengan perbelanjaan dapur dan tanggungjawab seorang suami sebagai ketua rumah dan menteri kewangan dalam sebuah keluarga.... cik Zah rasa memang patut kalau para para suami menambahkan duit perbelanjaan dapur memandangkan semua benda keperluan dah naik walaupun naik dua atau tiga puluh sen tapi kita sebagai surirumah tetap terasa duit belanja macam tak cukup....kalau dulu kita p pasar bawa rm50 dah penuh bakul tapi sekarang kalau kita bawa rm50 tak terasa duit dah habis padahal banyak lagi belum di beli.
Itu belum lagi p pasaraya beli barang barang keperluan keluarga. Minyak masak, gula, tepung gandum, sabun basuh, sabun mandi, susu dan sebagainya...mujur juga lah kalau kita p pasaraya besar macam Tesco dan Giant parking percuma....ehh duit minyak kereta pun kena kira jugakan. Zaman sekarang para suami yang prihatin perlu faham keperluan keluarga...jangan dok bising bila isteri minta duit lebih...

Sebab tu cik Zah tiap kali nak p pasar atau pasaraya mesti ajak suami biar dia faham macam mana nak berjimat sedangkan harga barang semua dah naik...tapi syukur lah suami cik Zah tak cerewet kalau terlebih belanja sebab dia tau itu memang keperluan lagi pun dia juga yang nak makan...
Masa zaman cik Zah remaja cik Zah dok biasa dengar makcik makcik yang bertandang dirumah cik Zah bercerita depa kalau nak beli sesuatu depa akan jimat jimat sikit duit belanja dapur yg suami bagi...tapi cik Zah rasa zaman sekarang dah tak boleh buat macam tu kalau suami kita bagi cukup cukup makan je.. betoi dak?  Sebab tu seorang kawan baik cik Zah...kak chik ella selalu kata dia tak suka meminta lebih baik cari duit sendiri...kalau teringin nak makan pizza hut pun nak kena minta dari suami...payah macam tu..
Itu bagi orang yang bekerja macam dia punya pendapat...bagi surirumah sepenuh masa bab meminta tu terpaksa juga lah sebab suami saja punca kewangan....agaknya sebab tu sekarang ramai surirumah dah pandai cari duit poket sendiri...depa buat macam macam kerja sampingan....menjaga anak anak jiran, buat kuih muih bagi yang berkemahiran dan berniaga.
Cik Zah bercerita bukan nak menyalahkan sang suami cuma suka suka saja untuk renungan bersama...jadi kalau kita tak mau dok meminta duit belanja lebih kita kena usaha sendiri cari duit poket macam kak chik ella kata......tapi sara hidup adalah tanggungjawab suami...kan..kan..


Sekian renung renungkan lah...............: )


Thursday 4 August 2011

Dok Fikir Lauk Apa Nak Masak....akhirnya...

Selamat pagi...bila baca tajuk cik Zah ni mungkin ramai di antara kita pun buntu nak masak apa waktu berbuka. Sebagai tukang masak seumur hidup cik Zah kadang kadang tak tau nak atur menu apa untuk di hidangkan...tekak dan selera berbeza...lebih lebih lagi mertua cik Zah cukup cerewet bab makan. Pening kepala memikirkan...akhirnya suami cik zah cadangkan masak ni...

~ Dendeng Paru ~

dan yang ni untuk cik Zah..........

~ Tempe, kentang, kacang dan bilis bercili ~

Untuk mertua cik Zah buat masak lemak putih sayur kubis dan ikan bawal goreng...sebab lauk cadangan suami ni dia memang tak makan langsung. Biasalah warga emas seperti mertua cik Zah ni banyak ragamnya...sabar je lah kan..

Lupakan kisah mertua cik Zah la ni cik zah bagi resepi dendeng paru mana tau kot kot ada yang nak cuba untuk menu berbuka petang ni...

DENDENG PARU
Bahan bahan
300gm paru ( direbus empuk )
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
2 biji limau (ambil jusnya)
3 tangkai cili merah (tumbuk kasar)

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
sedikit belacan

Cara masak
1. Paru yang empuk dihiris nipis digaul garam kunyit
2.Goreng dan ketepikan
3.Panaskan minyak masukkan sedikit garam dan tumis bawang hiris sampai garing
4.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak
5.Kemudian masukkan cili tumbuk, jus limau,gula, serbuk perasa, bawang besar dan paru. Gaul rata.

Selamat mencuba.....................: )





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...