Selamat malam semua...cik Zah termungkir janji nak masukkan resepi rendang minang yang cik zah buat semalam...sebenarnya cik Zah tak sempat nak edit gambar lagi. Hari ni sibuk meluangkan masa untuk diri sendiri...hahaha...cik zah p urut badan dan p buat facial...ahh lega rasanya..badan rasa lebih ringan muka rasa comel...hahaha COMEL? mana ada rasa hilang kekotoran je..
Ok resepi ni cik Zah dapat masa cik Zah dengan mertua cik Zah yang dulu....hahaha...kita ada dua mertua tau...yang dulu mertua cik Zah kerabat Kedah...ehh tak mau cerita panjang2 cuma cik Zah nak bagi tau resepi ayam golek ni memang menjadi hidangan istimewa di kalangan kerabat diraja Kedah....cik Zah kira bernasib baik lah dapat sedikit ilmu resepi kegemaran DYTM Tuanku Sultan Kedah dan YTM Tunku Abdul Rahman.
Cik Zah tak buat ayam seekor sebab cik Zah kebetulan p Tesco orang ramai berebut rebut nak beli ayam jadi cik Zah beli ayam yang dah siap di potong kira ok juga lah janji dapat makan ayam golek di pagi raya...
Bahan bahan:
1 ekor ayam ~ bersihkan dan toskan
4 sudu besar jintan putih *
2 sudu besar lada hitam *
3 biji buah keras *
9 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 batang serai *
1 biji santan pekat
4 - 5 biji ubi kentang ~ potong dua
Garam dan perasa
Air asam jawa secukupnya
Cara menyediakannya
- Kisar bahan * kemudian tumis dengan 1/2 mangkuk kecil minyak sampai naik minyak dan betul2 masak
- Masukkan ayam. tunggu air ayam keluar dan biar air tu kering seketika baru di masukkan santan sedikit demi sedikit.
- Masukkan ubi kentang, air asam jawa, garam dan perasa.
- Setelah ayam dan ubi masak kelaurkan dan letak dalam bekas yang lain untuk proses membakar.
- Bakar di dalam oven sehingga nampak ayam garing dan sementara itu biarkan kuah ayam tadi masak sehingga pekat dan naik minyak. Tuang kuah di atas ayam dan ubi kentang yang dibakar tadi. Boleh hidangkan bersama nasi dan air asam atau pun makan bersama roti.
Terimakasih kepada bekas mertua cik Zah sebab beri cik Zah peluang belajar masak ayam golek ini...rasa tak rugi selama ini cik Zah membantu beliau di dapur...: )
Selamat Mencuba...................: )
No comments:
Post a Comment