Thursday, 1 September 2011

Juadah hari raya ke 3

Salam...bahang raya masih terasa...hari ni baru hari ke 3 kita semua berhari raya. Percaya tak ci Zah belum berpeluang lagi nak berhari raya ke rumah sanak saudara atau kawan kawan...kesian dekat cik Zah kan...dah berapa hari asyik terperap di dapur masak untuk tetamu
Semalam adik ipar cik Zah datang dari Sungai Buluh satu family...lepas tu anak saudara suami pulak datang kebetulan dia balik beraya di rumah mertua dia di Kangar..cik zah masak yang simple sangat sangat sebab depa nak mai mengejut main belasah saja apa yang ada...nasi minyak, kari daging, ayam goreng rempah dan jelatah...alhamdulillah ...LICIN..
Petang ni cik zah panggil semua adik dik cik Zah mai makan sebab esok cik Zah dan suami rancang nak rehat sambil jalan jalan rumah kawan kawan baik..
Antara menu yang sempat cik Zah rakamkan  tadi...

Rendang ayam

Kuah kacang

Nasi impit segera

Lemang sebatang rm12...kena booking awal sebab laris

Bihun goreng yang cik Zah tempah dari mertua adik cik Zah...rasa tak larat nak goreng sendiri sebab pagi pagi dah masuk dapur masak kuah kacang dan rendang ayam...

Kek ni pun cik Zah tak buat...ni kek TUPPERWARE...sedap

Ni adik cik Zah...yang tengah tu Cikgu Azlina. Sebelah kiri dia tu suami dia Cikgu Badrul dan yang sebelah kanan adik ipar cik Zah... Aznida

Orang lain sibuk makan anak saudara cik Zah sibuk tengok kartun..

Ini adik lelaki tunggal cik Zah dengan mertua cik Zah...kenyang perut terus tersandar..

Lepas ni boleh lah cik Zah pulak menziarahi kawan kawan dan sanak saudara....mesti dah habis ketupat dan rendang di rumah depa semua...kena makan biskut raya saja lah nampak nya..




1 comment:

  1. kak,kt mana beli lemang tu?area alor star ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...