Wednesday 27 June 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum...

Dah lewat baru boleh up date entri. cik Zah tak berapa sihat hari nie...jatuh tangga masjid tiga minggu lepas la ni baru terasa peritnya..sakit satu badan dan kekejangan kaki akibat slip disk terasa balik selepas sebulan cik Zah bahagia hidup tanpa rasa sakit. 

Lupakan dulu kisah sakit...nanti kita p urut ya kaki...

Hari nie cik Zah buat kek coklat kukus. Resepi nie cik Zah dapat dari kawan baik cik Zah juga. Dia pun tak lokek share resepi dengan cik Zah.

Mudah sangat buat kek coklat kukus nie..hari nie merupakan hari pertama cik Zah cuba resepi nie..Alhamdulillah menjadi..

Nak resepi??

Bahan A
1 buku buttercup
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan koko serbuk

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baiking powder
1/2 sudu teh soda bikabonet
3 biji telur gred A
1 sudu teh vanilla

Cara menyediakan
1. Panaskan bahan A sampai mendidih sekali dan biarkan sejuk.

 2. Panaskan periuk penggukus. ( kalau guna loyang sapu sedikit minyak di loyang)

3. Bila adunan sejuk baru gaul sebati dengan bahan B (cik Zah guna pengisar kek)

4. Adunan sebati bolehlah masukkan dalam acuan atau loyang.

5. Kukus selama 1 jam jika menggunakkan loyang. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya air tak masuk dalam adunan kek semasa proses memasak.

6. jika menggunakan cup kek kukus selama 15 minit.



Kek yang telah siap untuk di makan...lembut dan gebu

Selamat mencuba



Monday 25 June 2012

Aiman Yusuf, Jus Minda dan Masak Lemak Tempe

Assalamualaikum...

Hari yang mengejutkan untuk cik Zah hari ni bila dapat berita anak kawan baik cik Zah.. Aiman Yusuf Abu Yazid kemalangan semasa balik dari sekolah.
Sekarang Aiman berada di ICU Hospital Sungai Buluh selepas doktor melakukan pembedahan di kepala dan sekarang saluran darah di permukaan otak Aiman membengkak. Perkhabaran terbaru cik Zah dengar Aiman belum sedar lagi..
Harap tiada sebarang komplikasi lain yang memerlukan apa apa pembedahan..doakan Aiman ya. Aiman Yusuf nie anak Kak Chik Blogger Jari Jari Halus ku.. 

Okey Kali nie cik Zah nak tunjuk satu resepi berkhasiat untuk kaum ibu beri kepada anak anak.

Jus Minda..

 
Resepi jus minda nie cik Zah tengok satu rancangan tv masa tu Chef Datuk Ismail ke rumah Datuk Fazley..nama rancangan tu cik Zah lupa sejak dok makan ubat saraf..ingatan lambat sikit.
 Datuk Fazley kata ibu beliau dok bagi semua adik beradik dia minum untuk kecergasan minda dan menjadi amalan mereka sekeluarga..

Bahan bahan pun terdiri dari buah kurma, kismis, 2 sudu besar serbuk badam, 2 sudu besar madu dan yougart..



Blend dengan ais sampai buah buahan tu hancur..



Rasanya memang sedap...macam rasa vitegen pun ada.

Dan lagi satu seperti biasa cik Zah masak lauk permintaan suami seorang pengemar setia tempe...apa lagi kalau bukan masak lemak cili padi tempe dengan kacang buncis dan tauhu...



Last sekali cik Zah mohon kepada sesiapa yang membaca entri cik Zah nie tolong doakan Aiman Yusuf ya..

Terimakasih...

 

Sunday 24 June 2012

Tart Nenas Resepi Cik Lizz

Assalamualaikum...

Seperti yang telah dijanjikan petang nie cik Zah nak buat tart nenas. Dik kerana kesihatan tak mengizinkan cik Zah minta bantuan ibunda tercinta dalam bab guntuing mengunting...maklumlah dia lebih kretif berbanding dengan jari jemari cik Zah yang ganas nie.

Resepi tart nie cik Zah peroleh dari anak saudara cik Zah yang kretif juga dalam bab masak memasak. Kalau dia buat kek memang perghh....sedap. Bukan setakat kek, puding dan kuih muih tapi masakkan biasa pun di terror. Kira jaguh di dapur lah sampai hubby dia pun dah bam bam sekarang.. untung suami Cik Lizz nie..


Ini jem yang telah siap di bulat bulatkan untuk mempermudahkan proses masukkan inti..

Nak resepi??

Bahan bahan
1/2 buttercup
30gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm tepung kastad
sedikit garam halus
sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan
1. Kacau buttercup dan gula ising hingga sebati.. guna sudip kayu.

2. Masukkan kuning telur dan vanila.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastad.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul doh agak agak mudah untuk kita bulatkan.

5. Bentukkan bulat dan isi inti jem nenas dan gunting di atas permukaan. 

6. Selepas itu panaskan oven 150c. Sementara oven panas sapukan kuning telur yang telah di campur dengan pewarna kuning di permukaan tart.

7. Bakar selama 10 -15 minit.


Siap untuk di bakar


Anggaran satu adunan boleh dapat 30 - 35 biji.


Selamat mencuba...

 

Saturday 23 June 2012

Asam Pedas Ikan Kembung dan Tart Nenas

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu..tapi di utara hari nie bukan hari minggu. Hari nie hari bekerja dan anak anak semua ke sekolah.

Hari ni seperti biasa cik Zah masak yang mudah mudah untuk santapan keluarga. Semestinya lauk kegemaran suami...asam pedas. Silap haribulan boleh makan dua tiga pinggan..biar pun bukan orang Melaka yang masak tau.

Dan..

Perancangan untuk hari nie cik Zah nak buat tart nenas. Dah siap gentil jem nenas untuk persediaan awal. Tengoklah kalau terover rajin cik Zah buat petang nie.
Kalau ada kelapangan bolehlah up date dalam entri.



Friday 22 June 2012

Roti Jala Kuah Durian

Assalamualaikum...

Ini menu petang tadi cik Zah dan keluarga. Kebetulan semalam ada pasar malam dekat pekan Kuala Kedah..durian berlambak lambak tapi durian siam tak berapa manis dan harum seperti durian kampung.

Suami cik Zah beli dua biji saja tapi durian siam ni isi besar besar makan seulas dua pun dah sedawa..ada lebih 7 ulas cik Zah simpan dan hari nie jadi lah kuah durian. Mulanya nak makan dengan pulut tapi sejak dua menjak nie kan cik Zah terlebih rajin...maka jadilah roti jala. 

Kebetulan cik Zah ada terbaca blog CMG dia buat roti jala...teringin nak buat roti yang cantik dan sedap mcm CMG..

Adunan roti jala cik Zah tak ikut CMG tapi cik Zah  ikut resepi seorang teman...
Nak resepi??

Bahan bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Masukkan semua bahan dalam blander dan kisar sehingga sebati dan kepekatan lebih kurang adunan kuih cara.

 
 cik Zah ikut cara CMG buat jala..tapi tak secantik CMG buat lah...


Gulung seperti biasa..


 Siap untuk di makan bersama kuah durian.


 

Wednesday 20 June 2012

Terlebih Rajin Dan Sour Cream Cake

Assalamualaikum..

Terlebih rajin cik Zah hari ni....badan terasa letih lagi lepas selesai majlis kenduri kawin adik bongsu cik Zah dua minggu lalu tapi mood berkobar kobar nak buat kek..

Semua ni gara gara teruja tengok kek dalam majalah Saji bulan Jun 2012...perghh semua kek yang popular. Diawal perancangan nak buat red velvet..muahahaha over pulak nak try kek yang susah..bahan bahan dah ada cuma tahap keberanian tak datang...hehehe

Try Sour Cream Cake dulu lah....sedap juga. Rasa masam manis yoghurt dan oren sunquik menambat hati.


Yang ni dah siap di bakar...panas panas lagi

Nak resepi???

Bahan bahan
250 gm butter
200 gm yoghurt
1 1/2 gula kaster
2 cawan tepung naik sendir
1/2 cawan tepung gandum
6 biji telur
sedikit garam
Badam keping
2 sudu besar oren sunquik

Cara penyediaan
1.Pukul butter, gula kaster dan garam
2.Kemudian masukkan telur kuning satu persatu
3. Masukkan yoghurt, kedua dua tepung hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan putih telur yg di pukul kembang
5. Tuang dalam bekas mengikut kesukaan, tabur badam
6. Bakar dengan suhu 180 c


cik Zah guna paper cup...senang nak bekalkan Kamalia ke sekolah. 



Nampak lembab sikit kek ni kan...sebab ada yoghut dan oren sunquik..


Selamat mencuba..

 

Tuesday 19 June 2012

Kerabu Buah Tomato

Assalamualaikum...

Hari nie dah hari 30 Rejab...cepat betoi masa berlalu tak lama lagi kita dah nak mula berpuasa. Bercakap tentang puasa cik Zah kalau bulan puasa suka makan kerabu yang masam masam macam kerabu mangga, kerabu kaki ayam..pendek kata yang ala ala thai..perghh memang berselera makan.

Hari ni cik Zah nak tunjuk satu resepi kerabu. Kerabu nie mudah sangat nak buat kalau pejam mata memang tak boleh buat tapi kalau kita nak main masak masak di dapur dengan anak dara memang sesuai..

Bahan bahan pun tak susah nak cari. cik Zah rasa semua bahan bahan utama ada di dalam peti sejuk di rumah kita. Nak resepi???

Bahan bahan
2 biji buah tomato masak - di hiris
1 labu bawang - di hiris
Sedikit cili padi - di hiris
Ikan bilis - di goreng
Limau kasturi mengikut kesukaan masamnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
Campur semua bahan dalam mangkuk dan perah limau kasturi...kacau rata...siap untuk dimakan..mudahkan


 
 Selamat mencuba...

 

Ayam masak Merah Buah Kurma

Assalamualaikum..
Selamat malam...lewat sikit up date entri. Dah lama tak mohong mohong dalam blog cik Zah nie...setelah sakit untuk beberapa bulan mood nak kongsi dalam blog hilang macam tu saja...bercampur dengan rasa kurang selesa untuk duduk mengadap muka buku nie...

Tapi sejak dua minggu lepas mood cik Zah dah mula datang balik...dah banyak juga resepi baru cik Zah cuba cuma hari nie rasa special sikit sebab resepi dari chef Hanieliza...memang yummy...mesti cuba kepada yang gemar makan masak merah ayam...buat adik bongsu cik Zah yang baru dua minggu kawin tu boleh lah try masak resepi nie sebab Encik suami adik kalau boleh setiap hari nak makan masak merah ayam...

Dan kepada pesakit gaout pun sesuai mencuba resepi ni sebab masak merah ni tak pakai sos...pesakit gaout kan tak boleh makan sebarang sos...tak kiralah sos tomato, sos cili atau pun sos tiram..bahaya tau...


Nak resepi??

Ayam Masak Merah Buah Kurma

Bahan bahan
1 ekor ayam
1 labu bawang besar - potong bulat
10 biji kurma - buang biji dan kisar hancur
2 batang serai - di ketuk
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar
20 tangkai cili kering 
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara penyediaan
1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng
2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing
3. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan buah kurma
4. Kacau rata dan masak hingga naik minyak



Selamat mencuba...

 

Monday 4 June 2012

Nak Berblog Balik Kot...

Assalamualaikum..

Agak lama cik Zah tak up date entri nie...tak berapa sihat nak rehat betul betul dulu. Sekarang dah mula rasa rindu nak sibukkan diri dekat sini.

Kebetulan cik Zah dinasihatkan doktor supaya jangan masak dan gerak banyak dalam masa dua tiga bulan...sebab tulang belakang cik Zah tak berapa pulih sepenuhnya lagi..
Nak duduk mengadap muka buku ni pun tak selesa sebab rasa sakit bila duduk...bukan setakat duduk nak baring pun tak selesa macam biasa..sekarang alhamdulillah segalanya kembali pulih walaupun terkadang masih terasa sakit dan kekejangan di kaki kiri cik Zah nie bila cik Zah banyak bergerak...

InsyaAllah nanti cik Zah akan masukkan entri resepi yang cik Zah dah kumpul untuk kita sama sama share di sini..


Jumpa Lagi...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...