Friday 30 September 2011

Ayam Roasted dan Roti Garlic

Selamat malam...hari ni lewat masuk entri biasalah surirumah merangkap ahli perniagaan kecil macam cik Zah ni kadang kadang tiba juga hari sibuk sampai tak ada ruang nak masuk dapur tapi dek kerana suami cik Zah kata masak yang simple jer malam ni cik Zah pun buat lah ayam roasted dan roti garlic...ehh awat cik Zah guna bahasa rojak menu kali ni? hehehe kita kan orang Melayu nak makan masakkan barat jadi cik Zah satukan dua bahasa..
Mula mula nak tunjuk dulu ayam roasted...
Antara bahan bahan yang cik Zah guna selain dari ayam...
 Selain dari bahan bahan di atas cik Zah juga guna sedikit kicap manis dan garam..
 Lap ayam gunakan tisu dapur sampai kering kemudian cucuk isi ayam lumurkan dengan bahan bahan di atas dan perap selama 3 jam atau lebih..
 Panaskan oven 200 darjah celcius...letak ayam dalam bekas pembakar lepas tu tambah ubi kentang yang di belah dua...bakar selama 1 jam..
 Dah siap...boleh dimakan bersama salad atau garlic bread dan mushrom sup..
Hahaha...cik Zah pakai roti Gardinier jer buat garlic bread...guna buttercup, bawang putih  tyme dan sedikit garam. Kacau rata sampai sebati..
Boleh simpan dalam peti sejuk....bila nak makan terus sapu diatas roti dan bakar.
Buat macam ni....makan panas panas lagi sedap
 Yang ni mushrom sup cik Zah pakai yang dalam tin...Cambell
Mudahkan makan malam cik Zah dan family....hahaha mertua cik zah tak makan semua ni...dia cik Zah buatkan egg benjo yang tak letak apa apa.
Kepada yang nak cuba buat chicken roasted jangan bubuh kicap manis banyak sangat nanti manis pulak rasa ayam...resepi ni cik Zah belajar masa cik Zah dok tolong tolong ex mertua di dapur...ada beberapa lagi resepi yang cik Zah belum buat...nanti ada masa cik Zah tunjuk dalam entri ni...
Selamat mencuba...........: )

Wednesday 28 September 2011

Tulang Rusuk

Assalamualaikum......hari ni awal sikit cik Zah masuk entri. Sebenarnya hari ni terlebih rajin dan lebih kalut nak p hantar TUPPERWARE....Tapi di sebabkan customer cik Zah belum sampai rumah lagi cik Zah bolehlah nak melayan blog ni dulu. Hari ni menu cik Zah atas permintaan suami cik Zah...awal awal lagi dia dah p pasar besar cari tulang rusuk suruh cik Zah masak gulai....hahaha orang Melaka dah terkena gulai orang utara dah ketagih..
 
Gulai tulang rusuk
Masak macam gulai daging atau gulai ayam yang biasa kita masak cuma cik Zah tambah satu atau kuib daging atau ayam dalam gulai ni...rempah cik Zah ikut lah kalau ada yang basah cik Zah pakai rempah basah tapi selalunya kalau gulai daging cik zah pakai rempah Babas jer..dan tambah sedikit cili mesin...bila rasa pedas baru perrghh...
Kebetulan tadi pagi dah keluar ke pasar besar cik Zah singgah sat ke rumah lama...p kot belakang rumah tengok pokok belimbing buluh buah mak datuk punyalah banyak..mungkin hujan turun sepanjang dua minggu ni buah menjadi jadi pulak...
 
Yang ni plan untuk masak esok pulak...rasanya nak buat masak lemak cili padi dengan belimbing ni....cik Zah tak ambil banyak sangat sebab buah tu besar besar....tak ada sesiapa yang nak makan kalau banyak sangat...yang lebih lebih tu nanti bonda cik Zah nak buat kering...untuk buat acar.
 
Oklah setakat ni jer kot cik Zah gebang gebang pasai makanan untuk tengahari ni...esok esok kalau ada masa cik Zah masuk balik dalam entri ni...
 
 

Tuesday 27 September 2011

Sambal Cencaluk

Salam buat sesiapa yang baca entri cik Zah....terimakasih. Pelik tak nama menu cik Zah kali ni?....hahaha sebenarnya cik Zah nak kongsi satu menu sambal yang serupa dengan sambal belacan cuma tak letak belacan kita tukar dengan cencaluk..
Mula mula cik Zah makan sambal ni masa cik Zah balik Melaka....cik Zah pegi di satu gerai makan dekat Kuala Sg Baru...orang dekat situ panggil gerai banglow...hahaha unik nama gerai tu...tau sebab apa...sebab gerai tu dalam sebuah rumah banglow usang di tepi laut..
Ok bercerita macam mana cik Zah dapat resepi sambal ni cukup mudah sebab makcik dekat situ tak lokek ilmu..bila cik Zah kata cik Zah orang Kedah kawin dengan orang Melaka tapi tak pandai nak masak masakkan orang Melaka terus makcik tu bagi resepi sambal tu...mungkin dia tengok suami cik Zah dok pulun makan sampai berpeluh.
 
 Ini lah sambal cencaluk
 
 Nak buat cukup mudah....3 biji cili merah, 7 biji cili padi, cencaluk 2 sudu makan,garam jangan banyak sangat takut cencaluk masin...agak agak lah...sedikit gula, perasa jika nak letak dan 2 biji limau kasturi ambil airnya....mesin kesemuanya sekali..
Siap dah sambal cencaluk....sedap di makan dengan..
 
 Timun...atau pun..
 
 Kacang botol....
 
Selamat mencuba........: ) 


* sambal akan rasa lebih sedap kalau terasa air limau kasturi..



Sunday 25 September 2011

Gulai Nangka dan Ayam Goreng Rempah

Salam di petang Ahad.....hari ni hujan di Kuala Kedah...cik Zah rasa nak lelapkan mata jer ni. Agak lama cik Zah tak up date entri. Sibuk dengan jemputan rumah terbuka di akhir akhir Syawal. Kelmarin cik Zah p rumah terbuka stokis Tupperware Alor Setar Pn Sherleena Raja....balik dari situ cik Zah teringin sangat nak makan gulai nangka dan pagi ni cik Zah ajak suami p cari nangka muda di pasar tani..alhamdulillah dapat juga..hahaha macam orang mengandung pulak..



Gulai nangka ni cik Zah buat macam gulai ikan kering tumis darat orang utara kata...dan cik Zah memang letak ikan talang masin sikit...kalau tak mau nangka tu serap masin ikan masin cik Zah remndam seketika. Rasanya tak payah bagi resepi kot sebab mudah sangat nak masak resepi ni...kita cuma tumbuk bawang putih, dan bawang merah masukkan dalam periuk bersama rempah kari iakn masin dan santan...biar mendidih barukita masukkan nangka yg dah di rebus terlebih dulu..bila dah masak tutup api dan panaskan kuali pulak kita tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari lepas tu tuanglah dalam periuk gulai tapi...cepat cepat tutup periuk supaya wangi bawang tadi tak keluar.....itu petua bonda cik Zah..


Ayam goreng rempah

Ini lauk cabaran anak dara cik Zah untuk cik Zah...kebetulan cik Zah beli buku chef Hanieliza malam semalam Aisyah dok selak dia terus kata macam sedap jer ayam goreng rempah ni..."mama cuba masak esok Aisyah cabar mama"....
Jadi hari ni cik Zah pun masaklah ayam goreng rempah resepi chef Hanieliza...memang mudah dan garenti  sedap...nak resepi???..

Bahan bahan
7 ketul paha dan kepak ayam
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada hitam  ~ ditumbuk
1 sudu makan cili mesin
1 sudu teh serbuk kari ~ jika suka
Sedikit daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
7 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia

Gaul bahan kisar bersama ayam kemudian perap ayam selama 1 jam....kalau ikut resepi asal perap setengah jam jer tapi cik Zah rasa kalau perap lagi lama baru terasa bahan bahan perap masuk dalam isi ayam...

Masa nak goreng kita taburkan daun kari beberapa helai biar naik baunya...goreng sampai garing mengikut citarasa sendiri....

Resepi ni cik Zah tak ikut 100% ada juga yang cik Zah ubah macam lada sulah cik Zah letak lada hitam dan cili serbuk cik Zah gantikan dengan cili mesin....biasalah kalau tak ada stok kita tukarlah sikit bahan..
Resepi ni memang sedap......

Selamat mencuba............................................; )




Tuesday 20 September 2011

Ayam Masak Sambal Kicap

Assalamualaikum......tengahari tadi cik Zah try masak resepi ni....sebenarnya resepi ni cik Zah dapat dari buku chef Hanieliza...kebetulan masa turun KL cik Zah borong beberapa buah buku chef Hanieliza sebab nampak menarik dan mudah...cuma cik Zah ada tukar sikit bahan bahan yang chef bagi...

Ayam Masak Sambal Kicap

Bahan bahan
6 ketul ayam ~ digoreng seketika
1 batang serai  ~ diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap
1 biji buah tomato ~ potong 8 
Garam, gula dan perasa (jika suka)

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Separuh bawang besar
1/2 inci halia

Cara menyediakannya:
  1. Ayam di goreng separuh masak...(jika ikut resepi asal tak perlu goreng hanya buang kulit)
  2. Panaskan minyak tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, sos tomato, kicap, garam, gula, perasa dan sedikit air...biar mendidih seketika.
  4. Bila agak pekat masukkan buah tomato, daun limau purut dan bawang besar yang di potong bulat.

Mengikut resepi asal ayam tak di goreng tapi keluarga cik Zah suka makan ayam dah siap di goreng kecuali kari ayam, kurma dan rendang jer....dan chef Hanieliza juga tak masukkan buah tomato tapi cik Zah ubah sikit sebab kalau letak sos tomato lebih akan terasa manis ...kalau manis suami cik Zah tak gemar...mcm mana pun resepi ni memang sedap dan senang untuk di masak...
Kalau sesiapa rasa nak cuba resepi chef Hanieliza dapatkan buku beliau di kedai kedai buku yang berhampiran....

Selamat mencuba............: )



Sunday 18 September 2011

Tutti Frutti


Salam....malam ni cik Zah nak cerita tentang ais krim mahal ni....baru baru ni kan cik Zah dan family bercuti sekejap di KL dan kebetulan kedai ais krim Tutti Frutti ni baru di buka berdekatan degan hotel penginapan cik Zah.....adik cik Zah ajak cuba rasa ais krim ni...

Ecah paling seronok dapat makan ais krim

Bagi pendapat cik Zah lah ais krim ni rasanya biasa jer...nama pun yogurt mesti lah masam dan ianya tak menepati citarasa cik Zah dan suami...ini bukan bermaksud cik Zah dan suami suka makan manis tapi ais krim ni hanya sesuai untuk orang yang suka makan yogurt..
Lagi satu harga semangkuk di atas tu pun kalau terlebih ambil topping dan bahan bahan lain boleh mencecah RM30+++...semangkuk....jadi cik Zah dan adik ambil keputusan kongsi kongsi jer makan ais krim tu lagi pun malam tu hujan...sejuk tak sesuai makan ais krim seorang semangkuk..  hahaha tak mau mengaku nak jimat...memang patut pun kongsi makan sebab kami memang tak boleh nak habiskan....

Ecah dan adik cik Zah....yang ajak cuba ais krim ni..

Suami cik Zah tak mau makan dah....MASAM

Kepada yang suka makan yogurt boleh lah cuba makan ais krim ni....tapi jangan ambil perasa epal sebab terlalu masam....vanilla dan coklat sedap ...




Saturday 17 September 2011

Makan makan..

Assalamualaikum.........sebelum cik Zah balik ke Alor Setar anak saudara suami jemput kami sekeluarga makan malam di rumah dia....tapi sebelum tu kakak dia jemput makan. Sampai jer di KL dia dah sms suruh datang makan malam di rumah dia di Ukay Perdana...masa tu cik Zah tak sempat nak ambil gambar...dia masak nasi ayam dan beberapa juadah sampingan...satay melaka, buah buahan, puding yang sedap tapi cik Zah tak sempat nak rasa...rugi pulak sebab suami cik Zah kata sedap puding tu...lain kali tolong buat untuk mak ngah ya..

Inilah anak saudara cik Zah yang jemput makan malam...yang hujung sekali Cik Lyzz empunya blog LittleLizzyWorld..... dan yang tengah tu adik...Siti Nur Azimah namanya..

Antara lauk pauk yang siti Nur Azimah hidangkan pada malam tu...
Sambal sotong

Udang goreng kunyit ala PJ Hilton....betul tau...suami Azimah chef di PJ Hilton..

Sayur Campur...sori gambar blurr

Masak lemak siput sedut....khas untuk mertua cik Zah

Siakap 3 rasa...yang ni Cik Lyzz yang masak...

Mertua cik Zah bersama cucu dan cicit kesayangan...

Di kesempatan ni cik Zah nak ucap terimakasih banyak banyak pada Cik Lyzz dan Azimah sebab susah payah menjemput kami sekeluarga datang ke rumah untuk makan malam...penat balik kerja dengan jalan jem dan hujan depa masih mampu masak untuk kami...


Sesekali cik Zah Membelai Diri...

Salam...rasanya dah terlalu lama cik Zah tak membelai dan manjakan diri. Kebetulan cik Zah turun KL cik Zah ambil kesempatan p berkunjung ke Sri Dahlia Hair & Beauty Ladies House di Kota Damansara seksyen 4. Sebenarnya salun ni tempat cik Zah bekerja dulu....masa tu cik Zah dengan Nor jer bekerja...cik Zah bahagian rawatan muka dan badan manakala Nor rawatan rambut...

Ini lah tempatnya..

Sekarang salun ni dah di beli oleh Nor....bagus Nor ni dari awal lagi dia dah bercita cita nak beli salun ni...Alhamdulillah rezeki dia ada di situ..la ni dia ada 3 orang pekerja.

Ini lah Nor...seorang yang berhati cekal dan bercita cita tinggi...

Sebelum cik Zah terlupa Nor ni pandai buat inai mahendi....ramai selebriti yang dah mendapat khidmat Nor... Antara selebriti yang pernah mendapat khidmat Nor...Datin Nor Juma, Azizah Ariffin, Nora Danish, Dinas, Sazzy Falak dan ramai lagi cik Zah pun tak ingat...sesiapa yang nak cuba tengoklah nombor telefon di atas tu..

Aisyah ambil kesempatan juga

Ini Nor dok tengah buat treading untuk bakal pengantin...menyakitkan kalau tak biasa tapi cantik

Lagi satu cik Zah nak bagi tau di sini lah pertemuan cik Zah dan Kak Chik tuan punya blog Dari Jari Jari Halusku...dia selalu menghabiskan masa disini membelai diri dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Thursday 15 September 2011

Lamanya Tak Jumpa

Selamat petang.......15hb September 2011 cik Zah dapat jumpa sahabat cik Zah setelah setahun tiga bulan kami tak bertemu....masing masing sibuk dengan urusan masing masing. Kalau cik Zah turun KL pun cik Zah tak berpeluang nak jumpa walau sekejap...kali ni cik Zah tak mau lepaskan peluang yang ada...kami atur pertemuan...alhamdulillah kami bertemu...breakfast sama sama pagi ni

Ni dia......Kak Chik Ella..tuan punya blog Dari Jari Jari Halusku..

Kami dah lama kenal...perkenalan kami bermula semasa cik Zah berkhidmat dengan Sri Dahlia Salun di Kota Damansara...dia suka sangat habiskan masa hujung minggu di salun membelai diri sambil berehat...maklumlah dia ni setiausaha kepada tiga orang boss...bayangkan sibuknya dia..


Ecah dapat duit raya.....sukanya

Harap harap persahabatan kami terus berkekalan sampai bila bila...anak cik Zah pun sayang pada kak Chik Ella macam mama angkat dia juga...dulu dia selalu kata auntie Ella tu memang Hebat...sekarang dia kata mama kena kurus macam auntie Ella tau...Cantik..


Wednesday 14 September 2011

Alamak Tak Masak....

Assalamualaikum.....ni cerita yang tak berapa nak best cik Zah nak story dalam entri kali ni....hari ni cik Zah ada di Kuala Lumpur atas urusan keluarga dan bisnes. Tengahari tadi cik Zah p makan tengahari dekat area hotel penginapan cik Zah di Taman Prima Sri Gombak....dengan bonda dan Aisyah. Mulanya nak makan Ayam Penyet dah berapa kali datang tak pernah cuba....tapi anak cik Zah kata cubalah makan asam pedas...ok juga tu hujan hujan makan yang pedas.
cik Zah pun p lah ke restoran yang di cadangkan...cik Zah tanya asam pedas resepi mana dik...pelayan tu kata asam pedas Johor...ok nak cubalah sebab selama ni dok makan asam pedas Melaka jer.. cik Zah dan bonda oder asam pedas ikan tenggiri...satu set rm8 jer...restoran tu tak berapa menarik sangat walaupun di luar nampak macam cantik tapi di dalam cik Zah tak berapa berkenan dengan susun aturnya...hihihi nak makan pun nak tempat yang cantik cantik...
10 minit seelepas oder baru sampai.........awal awal lagi dah nampak tak berapa menarik warna asam pedas tu...tapi bonda kata mungkin asam jawa yang depa letak warna hitam sebab tu warna asam pedas tu gelap.....ok boleh diterima...

Asam Pedas Johor

TETAPI............bila cik Zah rasa...Ya Allah punya lah pedas...ok2 boleh terima.....yang tak boleh terima bila cik Zah tengok isi ikan tu........

Isi ikan tak masak!!!!!

Rasanya cukuplah sekali jer cik Zah melangkah masuk ke restoran asam pedas tu...


Kalau nak masak atau nak berniaga biarlah ikhlas baru masakkan kita di ingati...........

Betul tak................: )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...