Selamat Malam...sebenarnya cik Zah tak tau nak mulakan cerita cuma nak share sepanjang hari cik Zah di hari Jumaat ni.........Di utara hari Jumaat merupakan hari cuti umum jadi semua pekerja dan budak budak sekolah cuti. Jadi hari Jumaat merupakan hari yang paling sibuk khasnya pada ibu ibu dan isteri isteri...ya lah hari Jumaat pagi pagi lagi dah kena bangun buat sarapan pagi untuk ahli keluarga. Bagi yang malas bolehlah angkut satu family p makan di kedai kedai mamak sebab dekat situ roti canai, tosai, teh tarik sentiasa ada..
Tapi cik Zah pagi pagi tadi dah siapkan sarapan untuk anak dara cik Zah...pagi ni dia dah mula kelas menggaji Qaraati setelah sebulan cuti sepanjang bulan puasa. Nasib baik dia suka coco crunch dengan susu jer. Untuk suami cik Zah lagi mudah 2 biji telur setengah masak dengan 2 keping roti bakar...begitu juga dengan mertua cik Zah...mudahkan...untuk cik Zah? Hanya secawan nestum jer...cukup lah kot kata nak diet...hihihihi
Lepas hantar anak dara p menggaji cik Zah dan suami gerak ke pasar besar Alor Setar...mak ai ramai sungguh orang....maklumlah hari cuti ramai yang ambil kesempatan nak borong ikan, udang,sotong,ayam,daging dan sayur. Hari ni harga ikan mahal sungguh...ikan kembong sekilo rm6..bg cik Zah tu dah mahal sebab di pasar Kubang Rotan tempat cik Zah selalu beli ikan sekilo paling mahal pun rm4 jer.. ketam lagi lah mahal macam harga emas...sekilo rm28. Tadi cik Zah beli 3 ekor rm20...nak buat macam mana mertua ku nak makan ketam hari ni..
Sebelum balik rumah cik Zah singgah ambil Aisyah dari tempat menggaji...jam dah tunjuk pukul 10.30 pagi...selalunya time macam ni cik Zah dah siap jemur kain baju tapi hari ni baju pun belum masuk mesin basuh...sebabnya mesin basuh cik Zah dah mula nak meragam...umur dah nak masuk 8 tahun macam macam penyakit dah nak timbul...tak boleh nak tinggal takut air meleleh keluar...silap hari bulan sesiapa terpijak air sabun boleh cium lantai...paling menakutkan kalau mertua cik Zah yang terpijak...Nauzubillah minta simpang lah...kalau dia terjatuh habislah kami suami isteri tak boleh nak ke mana mana berdua lagi...jaga warga emas ni macam jaga baby....segala galanya kena berjaga jaga.
Sampai rumah cik Zah terus bersilat di dapur...hari ni cik Zah masak yang simple jer sebab tadi dah beli ketam mestilah masak lemak ketam dengan nenas, sambal tumis telur itik...itu lauk permintaan suami cik Zah...suka sungguh dengan telur itik. Lepas tu untuk Aisyah semestinya ayam masak kicap..dan sayur sawi goreng dengan udang..simple kan.
Siap saja masak tu suami dan mertua cik Zah pun balik dari sembahyang Jumaat....fuhh penat belum habis lagi dah nak hidang nasi untuk tuan tuan besar....sebelum cik Zah makan tengahari cik Zah sidai baju...hahaha pukul 2.30 baru nak sidai kain baju...org lain dah angkat tunggu nak lipat. Lepas makan cik Zah siap siap pulak nak p mesyuarat director TUPPERWARE....
Rasa macam nak rebahkan badan seketika tapi jam dah menunjukkan jam 4 petang...mesyuarat bermula jam 4.30 petang......cepat masa berlalu...pecut menggejar waktu. Kalau boleh cik Zah nak sampai sebelum rakan rakan kongsi yang lain sampai...Alhamdulillah cik Zah sampai tepat pada waktu..
Habis mesyuarat jam 6.30 petang....dah berbincang pulak dengan up line...nak buat road show di Langkawi...ahh persiapan belum buat!!!Minggu depan dah nak turun KL...minggu sekali lagi dah nak p Langkawi....mampukah cik Zah ni? InsyaAllah mesti BOLEH..
Sampai rumah dah jam 7.30 malam....huhuhu Aisyah demam! Dah kena bawa dia p klinik...kesian anak mama...balik dari klinik Aisyah tertidur dalam kereta. Tak sempat nak makan apa apa malam ni...aduhh terusik pulak hati ni tengok anak kesayangan tak sihat cik Zah sibuk sepanjang hari ni....
Malam ni cik Zah rasa cukup letih....insyaAllah esok kalau free cik Zah kecoh lagi dalam entri ni...
Selamat malam...................; )
No comments:
Post a Comment