Tuesday 24 January 2012

Cucur Jagung Tambah Nasi Sejuk Dan Tauhu.....Roti Cis Zaimah

Salam petang Rabu...semua orang dah masuk kerja tapi anak anak masih bercuti lagi walaupun setengah sekolah dah pun bermula..
Pagi tadi cadangannya nak p sarapan di kopitiam dekat pekan Alor Setar tapi bila cik Zah kejut kan abang KB dengan Kamalia masing masing liat nak bangun walaupun jam dah hampir 9 pagi. Jalan mudah cik Zah tengok apa yang ada di peti sejuk...mulanya nak buat kentang goreng makan dengan telur dan kacang panggang tapi dah jemu selalu makan macam tu....teringin nak makan cucur jagung lah...nasib baik ada simpan jagung frozen dalam peti sejuk....buka pulak moduler keeper ada tauhu yang cik Zah beli semalam....cubalah tambah tauhu dalam cucur jagung nie...teringat pulak petua seorang blogger masakkan lupa pulak dari blog mana...tambah sedikit nasi sejuk untuk menyedapkan lagi cucur jagung tu..
Ini lah bahan bahannya....jagung, nasi, bawang merah, bawang putih cik Zah blend sampai hancur. Tambahlah tauhu yang di potong kecil kecil, udang, cili merah dan daun bawang untuk menambahkan warna ceria..

Tambahlah sedikit tepung dan bancuh dengan air panas tau supaya cucur kita tu kekal lembut...
Dah siap untuk di makan...cicahlah dengan sos cili thai. Abang KB suka campur sos cili thai denga mayonis...dia kata sedap makan cucur macam tu....cubalah

Dan satu lagi cik Zah buat roti yang dikapit dengan cis kemudian celup dengan telur...


cik Zah belajar ni dari kawan baik cik Zah...Zaimah namanya...walaupun nampak mudah jer buat roti nie tapi kalau tak mai idea mesti tak tau nak buat..betoi tau.
Zaimah yang buat roti nie masa datang ke rumah cik Zah...lepas tu dah jadi salah satu menu keluarga... sebab datangnya dari Zaimah maka kami namakan roti nie "Roti Cis Zaimah" 

Selamat mencuba......: )

Wednesday 11 January 2012

Lauk Sakit Urat dan Angin Satu Badan

Assalamualaikum....kejap timbul kejap hilang. Bukan tak masak tapi kalau yang dah selalu masak benda yang hampir sama cik Zah rasa tak yah lah nak masuk dalam entri nie.
Awal pagi semalam Kuala Kedah di gemparkan dengan siren amaran tsunami...aduh terkejut beruk seketika. Mana taknya masa tu cik Zah tengah kalut dok suap Kamalia Aisyah sarapan sebelum keluar p sekolah. Anak dara tu kalau tak di suap tak makan lah...macam macam alasan
Oklah la nie kita cerita bab lauk sakit urat dan angin satu badan...Siapa tak kenal rebung kan....ada juga yang tak suka makan dan ada juga yang suka makan tapi dek kerana sakit urat dan angin satu badan terpaksa lupakan lauk rebung. Tapi cik Zah tak ada masalah tu...alhamdulillah.
Sebenarnya Gulai rusuk dengan rebung nie cik Zah masak dua hari lepas...cuma tak cukup waktu nak masukkan dalam entri nie. Kebetulan semalam juga bekalan elektrik tak ada di kawasan rumah cik Zah selama 6 jam...membahang tau..
Gulai rusuk dengan rebung nie selalunya kalau ada kenduri kawin kot kampung memang selalu jadi menu utama....lawan dengan sambal belacan dan ikan tamban masin...perghh

Di sebelah petang cik Zah buat ketam celup tepung makan dengan sos siam...semua nie cik Zah tiru masa p makan dekat Kuala Perlis...seekor ketam celup tepung harga rm4... cik zah beli anak ketam sepiring baru rm5...balik celup tepung segera....kenyang sekeluarga tau.


Dalam gambar nie separuh jer tau sebenarnya hampir 15 ekor cik Zah goreng.

Dan petang semalam cik Zah cukup malas nak buat makan untuk minum petang tapi fikir balik kesian dekat orang dalam rumah nie maka cik Zah buat lah jejari ketam celup serbuk roti...pun cicah sos siam.
Setakat nie saja lah ya...nanti ada yang special cik Zah masak cik Zah masukkan dalam entri nie lagi...
Oh ya jenguk jenguk lah blog cik Zah yang lagi satu...
ezzah aziz blogspot.com banyak cerita cerita merapu dekat situ...bye

 

Friday 6 January 2012

Kerana Kau Daging Hitam ADABI

Salam hari Sabtu yang cerah di bumi Kuala Kedah....hari nie cik Zah nak tunjuk resepi Daging Hitam ADABI.
Resepi nie cik Zah tengok dalam rancangan TV3...tajuk cik Zah lupa tapi yang masak tu chef dari ADABI
Rasa macam sedap jer bila tengok dia dok masak tapi tangan malas nak salin...cuma main ingat ingat saja
Lepas tu dalam otak cik Zah sentiasa teringat ingat nak cuba masak lauk nie...akhirnya setelah tak ada menu permintaan dari suami dan mertua cik Zah masaklah hari nie..


Bahan bahan

Sekilo daging ~ di potong besar sedikit
10 ulas bawang merah ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ di hiris
Seinci halia ~ di hiris
2 batang serai ~ di ketuk
1 bunjut sup ADABI 
2 sudu besar rempah kari daging ADABI
2 sudu besar rempah rendang ADABI
2 sudu besar rempah kurma ADABI
2 sudu besar serbuk cili ADABI
1 sudu besar serbuk kunyit ADABI
4 sudu besar kicap masin ADABI
4 sudu besar kicap manis ADABI
4 sudu besar sos tomato ADABI
4 sudu besar sos cili ADABI
1 peket serbuk nasi goreng ayam ADABI
Garam secukup rasa

Cara masak

Tumis semua bawang, halia dan serai sampai agak garing. Lepas tu masukkan semua rempah rempah tanpa di bancuh dengan air. Masak sampai garing baru masukkan sedikit air.
Daging yang telah direbus terlebih dulu kita masukkan dalam rempah yang di dalam kuali. Tambah kicap masin, manis sos cili dan tomato. Biar sampai pekat baru masukkan serbuk nasi goreng dan garam secukup rasa. Jika nak tambah gula sedikit pun boleh.


Sedap dimakan bersama nasi minyak...

Selamat mencuba...

Thursday 5 January 2012

Lemak cili Padi Udang dengan Belimbing Besi

Salam petang Jumaat...hari bermulanya cuti hujung minggu buat anak anak yang di utara semenanjung. Dah mulalah anak anak buat kerja sekolah yang cikgu bagi dan hari nie mulalah kita membasuh kasut sekolah anak anak....kalau yang dah dewasa tuu mudah jer depa boleh urus sendiri...tapi cik Zah tak berapa nak harap Kamalia Aisyah basuh sendiri...tak bersih.
Hari nie cik Zah masak macam biasa juga dan rasanya resepi kali nie cik Zah dah biasa masukkan dalam entri nie.


Cuma warna kuning tak berapa naik sebab cik Zah tak masukkan kunyit hidup...warna serbuk kunyit tak bangkit kalau dalam gambar walau pun cik Zah guna kamera canggih.
Mungkin cik Zah tak pandai nak guna kamera walau pun canggih manggih...hehehe
Apa yang penting masak lemak cili padi nie pedas membahang bila masuk mulut..
Ok lah kita jumpa di lain siaran dan lain resepi pulak..



 

Tuesday 3 January 2012

Menu tengahari Tadi

Salam tahun baru untuk semua pembaca entri dari dapur ezzah...dah cukup lama tak bersiaran. Bukan dek kerana terlalu sibuk cuma tak cukup masa sepanjang musim cuti sekolah baru baru nie..
Aktiviti keluarga, jemputan kenduri kawin, berkhatan semuanya memenuhi jadual harian cik Zah..kalau tak p kenduri nanti orang tak mai pulak kenduri kita...walaupun sebenar benarnya cik Zah tak berapa suka makan kenduri...hahahaha teruk kan.
Ok lah hari ni adalah hari pertama di tahun 2012 cik Zah buat entri masakkan setelah hampir empat minggu cik Zah berehat..masak pun yang agak simple saja untuk entri ni sebab hari nie anak cik Zah dah mula kembali ke sekolah...cik Zah agak kalut sikit...biasanya masak lewat tapi kali nie kena awal sebab anak balik sekolah dah nak makan...
Menu pertama memang sesuai untuk anak anak malah orang tua pun suka makan ayam masak kicap nie kan...
Yang kedua menu wajib untuk mertua cik Zah...dia memang nak makan sambal tumis setiap hari...tak kisah lah sambal tumis apa sekali pun janji sambal tumis...
Untuk hari nie sambal sotong...nampak saja kecil tapi semuanya ada telur...yummy
Dan yang akhir sekali pun wajib ada di meja hidangan...
Sayur campur goreng..
Ini saja kot untuk entri nie...nanti cik Zah fikir fikir nak masak apa pulak...rasa rasa nak masak yang sedap sedap tapi tak tau apa lagi menunya...

Jumpa lagi ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...