Wednesday 30 November 2011

Jalan Makan Makan

Salam bertemu kembali setelah beberapa lama tak bersiaran...
cik Zah bukannya tak masak cuma apa yang cik Zah masak macam tak berapa menarik untuk di kongsikan bersama.Lagi pun banyak sangat undangan kenduri di musim sekolah ni jadi untuk makan malam selalunya cik Zah dan keluarga lebih suka makan makanan yang mudah seperti roti bakar dengan telur setengah masak atau pun goreng telur makan dengan roti...
Kali ni pun cik Zah tak masak apa apa....masih bercuti bersama keluarga. Sambil sambil tu cik Zah cuba makan di beberapa restoran yang tumbuh bagai cendawan di Prima Sri Gombak nie.
Dah lama cik Zah bersuara pada suami teringin nak rasa Ayam penyet AP tapi dia kata dia tak berapa suka makan ayam penyet...dik kerana permintaan isteri akhirnya kami cuba makan malam semalam..
Fuyooo....sedap tau..isi ayam lembut dan dihidangkan panas panas..terasa segalanya bila ayam masuk dalam mulut kita.. sambal tu yang tak tahan...fuhh sedap. Sampai sekarang cik Zah dok fikir fikir apa yang dimasukkan dalam sambal tu..
Sesiapa yang tau tolong bagi tau cik Zah ya...
Sambal tu tak di tumis tau..
Suami cik Zah??? dia kata sedap lah ayam penyet....haaa kan dah kata kena cuba kalau tak cuba maka kita tak kan jatuh cinta...akhirnya kami sekeluarga repeat makan ayam penyet tengah hari tadi.. 

 Ini sup ekor...pun sedap

Lagi satu cik Zah try makan dekat Ani Sup Utara...ini untuk breakfast dah tak sanggup nak makan roti canai dengan teh tarik mamak..

 Soto Ayam...Ani Sup Utara


Esok dah nak balik....cik Zah teringin nak makan roti nan dekat Restoran Hj Tapa Setapak...ayam tandori perghh memang sedap..dah lama tak singgah di situ tau.

Bila makan rasa tak ingat badan dah mula naik balik...tak pa lepas ni kita mula kan balik diet seperti biasa..


Thursday 24 November 2011

Mee Tonggek

Salam petang Khamis....muahahaha hari ni nama menu hodoh sangat. Bagi orang utara kalau masak main campak campak kami panggil "Tonggek"...
 
Walaupun tonggek tapi masih ada rasa sedapnya cuma bahan bahan tak lah segah mee yang kita dok biasa buat kalau ada tetamu datang rumah.
Setelah hampir 9 tahun berkahwin dengan suami hari ni baru cik Zah tau suami cik Zah tak berapa suka makan mee....wakakaka...teruknya isteri En KB nie.
Patutlah dia kata kenapa banyak sangat goreng mee nie...cik Zah pun pelik awat dia cakap macam tu selalunya dia suruh masak lebih sebab boleh makan ulang ulang...
Mee Tonggek
 
cik Zah masak mee ni sebab mertua dan anak dara cik Zah tak ada selera nak makan nasi...
Bila buat mee bertambah tambah makan...tak sangka betoi En Suami tak suka..tak pa lain kali kita masak mee dengan bihun biar meriah menu petang..
 
Nak bagi resepi mee tonggek ni macam nak tergelak sebab masak main campak campak tapi kalau rasa nak cuba nie resepinya...
 
Bahan bahan
Sebungkus mee kuning
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Kicap ikut suka
Garam
Sayur sawi 
Taugeh
Udang
Kek ikan
Bebola ikan

Cara memasak
Tumbuk bawang putih dan bawang merah kemudian tumis sampai naik bau dan masukkan cili mesin biar garing jika perlu tambah sedikit air. Bila agak garing masukkan ketiga tiga sos, udang, kek ikan, bebola ikan dan kicap. Tambah sedikit air dan masukkan mee. Kacau rata baru masukkan sayur sayuran dan sedikit garam. Perlu ingat mee dan sos dah terasa garam jadi kita tambah sedikit saja garam jika perlu.


Selamat mencuba.....: )


Tuesday 22 November 2011

Hati Pedal Ayam Goreng dengan Kacang Panjang dan Kentang

Assalamualaikum,
Hari ni baru cik Zah masuk dapur setelah beberapa hari ni rehat dek kerana banyak jemputan kenduri kawin dan berkhatan...
Tapi masak pun yang mudah saja dan apa yang ada dalam stok....hahaha bila dah lama cuti penyakit malas pun muncul.




Nak tau resepinya?....Potong ubi kentang nipis dan gaul bersama kunyit dan garam. Kemudian goreng dan ketepikan...Hati dan pedal ayam potong kecil kecil ikut saiz yang anda suka lepas tu gaul dengan garam dan kunyit. Goreng agak agak separuh garing tapi kalau nak garing pun ok...ketepikan.


Lepas tu tumbuk lah cili padi beberapa biji bersama seulas bawang putih dan dua ulas bawang merah..tumis sampai garing masuk pula kacang panjang yang di potong serong..
Biar layu sedikit baru masukkan ubi kentang, hati dan pedal ayam bersama cili merah dan bawang yang di potong bulat..


   
Selamat mencuba...

 

Thursday 17 November 2011

Gulai Nangka Dengan Daging Tetel

Salam petang Jumaat. Tak ada mood nak masak apa apa pun hari ni. Baru jer balik bercuti tapi mood langsung tak ada. Tanggungjawab sebagai tukang masak di rumah kena juga laksanakan walau pun hati ni meronta ronta tak mau masuk dapur...bukan malas tau tapi cik Zah tengok kain baju berlambak lambak nak kena cuci lepas tu rumah pun dah berabuk selepas tiga hari tiada di rumah.
cik Zah pun tak tau kenapa sikap cik Zah sejak dulu kala lagi kalau rumah tak terurus dan kain baju dalam bakul berlambak mulalah mood hilang pada hari tersebut...hati hanya nak tumpu pada dua kerja tu saja.
Apa lah yang cik Zah dok bebel ni...ok kita cerita pasai masak pulak ya. Macam mana bosan pun hidup ni kita tetap kena makan untuk terus hidup...kalau tak makan nanti tak ada tenaga pulak...hihihi
Hari ni cik Zah masak biasa biasa jer lauk kampung...daging korban belambak dalam peti sejuk. cik Zah fikir fikir buat gulai lah boleh makan dengan roti canai segera malam nanti...tot tot mak cik zah bagi nangka muda yang dah siap di rebus...apa lagi masuk sekali lah dalam gulai tuu..
 
 
Masak gulai ni macam gulai yang biasa juga cuma kita ganti ubi kentang dengan nangka muda..
Lepas tu kalau rajin tumbuklah sambal belacan...goreng ikan masin...perghh mesti bertambah tambah nasi...
 
cik Zah bukan tak mau bagi resepi tapi mudah sangat nak masak gulai ni...
 

Sunday 13 November 2011

Ayam Sambal Kerisik

Salam hari Isnin....hari ni cik Zah masak nasi ayam Ipoh resepi Azlita Aziz. Dah pernah masuk dalam entri ni. memang sedap sebab tu dapat permintaan sekali lagi untuk menu tu..
cik Zah tak mau tunjuk resepi nasi ayam Ipoh tapi nak tunaikan janji bagi resepi ayam sambal kerisik yang cik Zah masak masa raya haji yang lepas..kan cik Zah demam resepi dah tak larat nak taip...hahaha
Bahan bahan

Ayam potong 12
Cili kering ~ kisar
Bawang putih ~di hiris
Bawang merah ~di hiris
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Halia ~di hiris
Buah pelaga
Kerisik
Serai ~ di hiris
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa.

Sebelum nak masak ayam ni kita kena perap dulu ayam semalaman atau pun 5 jam bagi semua bahan bahan terasa dalam isi ayam..
Campur bahan bahan hiris bersama cili kisar dan kicap. Masukkan ayam gaul rata. Perap dan simpan dalam peti sejuk.

Bila nak masak kita tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga kemudian masukkan ayam yang kita perap tadi. Setelah beberapa minit baru masukkan kerisik, garam dan gula. Tunggu sampai agak kering...

Siappp....: )

selamat mencuba.

 

Saturday 12 November 2011

Masak Pindang Ikan Haruan

Salam buat semua...dah lama cik Zah tak masuk entri sejak tak berapa sihat masa hari raya Aidil Adha yang lepas. Apa Khabar semua?...Rindu juga dengan teman teman semua.
Hari ni cik Zah masak simple sangat sebab badan belum lagi betoi betoi pulih masih goyang goyang sikit tapi tak mau ikutkan hati yang tak larat...masak juga lah
Ikan haruan ni cik Zah tak pernah makan dan tak boleh nak makan walaupun ramai yang kata isi ikan haruan ni sedap...bagi orang yang menjalani pembedahan memang elok makan ikan haruan ni...tau dak macam mana cik Zah boleh masak ikan haruan ni.. semuanya atas permintaan anak dara cik Zah..Kamalia Aisyah. Tetiba saja dia suka makan pindang ikan haruan. cik Zah pernah buat sekali untuk suami cik Zah masa dia demam kebetulan Kamalia makan dia kata sedaplah mama..

Nak masak pindang ni mudah sangat...macam main masak masak. Kalau cik Zah tak bagi resepi pun mungkin dah ramai tau masak kan..
Cuma tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit lada hitam. Lepas tu tumis sampai naik bau bersama serai yang di ketuk.
Masukkan air dan biar mendidih seketika...masukkan ikan haruan dan asam keping dan garam....ooppssss terlupa...serbuk kunyit untuk menambahkan warna lebih menarik..
 
 Pindang ikan haruan....
 
 
Selamat mencuba......: )

Saturday 5 November 2011

Makan makan Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua.....hari ni cik Zah tak berapa sihat. Demam dari petang semalam lagi tapi kena juga masak untuk keluarga. cik Zah tak larat nak bercerita panjang panjang ya...mata dah mula nak pejam tadi makan ubat batuk dan ubat demam..
Kita tengok dulu gambar gambar juadah yang cik Zah masak untuk keluarga..resepi nanti bila cik Zah dah ok cik Zah masuk dalam entri ya...
Nasi Daging
 Dalca Tulang Rusuk
 Ayam Sambal Kicap Kerisik
 Jelatah Nenas dan Timun
Ada lagi tapi tak sempat nak ambil gambar....badan dah mula goyang. Aduh teruk betoi bila badan tua ni sakit...semua dah terasa sakit sakit...huhuhu
cik Zah dah tak boleh nak buka mata...nak titun sat...
Kepada semua Salam Aidil Adha dan selamat melakukan ibadah korban kepada yang buat korban tahun ni...



Friday 4 November 2011

Bendi Ikan Bilis


Assalamualaikum acik Zah....suara comel dok memanggil kot pintu dapur umah cik Zah tadi. Oh rupanya si Haikal anak jiran belakang rumah panggil nak bagi kacang bendi.
Ini mama bagi...kami nak balik kampung sat lagi. Mama kata nanti sayur ni tua tak boleh makan...terimakasih Siti Rozita Aziz....jiran yang memang rajin berbudi pada tanah dan tak kedekut nak hulur kepada jiran jika sayur sayur yang ditanam menjadi.
Bila tengok sayur bendi tu cik Zah tanya suami rasa rasa nak makan tak sayur bendi malam ni..dia terus jawab..buat goreng dengan ikan bilis pun sedap tapi bagi pedas sikit.
 
Mudah je nak bagi pedas...tumbuk cili padi bagi lebih sikit...lepas tu tambah seulas dua bawang merah. Bila agak lumat baru tumbuk ikan bilis agak agak pecah sikit...
Tumis dengan sedikit minyak...bila agak garing sikit masuk bendi yang di potong menyerong...tambah garam sikit saja tau. Ikan bilis tu dah ada rasa masin...tak leh banyak banyak nanti kena darah tinggi pulak..
Siap..

Thursday 3 November 2011

Daging Goreng Kicap Sos Tiram

Salam petang Jumaat.....cuaca agak cerah hari ni di bumi Kuala Kedah ni. Semalam hampir 100 rumah habis di pukul ribut di Taman Bersatu berdekatan dengan rumah cik Zah. 
Macam ni lah risiko penduduk yang tinggal berhampiran dengan laut. Setiap kali hujan ribut macam macam bersarang di kepala...takut tsunami pun ada.
Namun cik Zah bersyukur semua terselamat walau pun banyak kerosakkan berlaku....Hariraya Aidil Adha dah semakin hampir mereka yang mendapat bencana terpaksa berraya di penempatan sementara...itulah pengorbanan yang terpaksa mereka berkorban sempena hariraya korban kali ni...

Ok la ni cik Zah tinggalkan cerita ribut semalam...
Hari ni cik Zah masak yang paling simple dan mudah....rasa tetap menyelerakan.


Inilah daging goreng kicap sos tiram....mudah jer tau. Mula mula cik Zah potong daging ikut saiz yang kita nak. Lepas tu gaulkan daging dengan kunyit, sos tiram, kicap manis sedikit, kicap masin sedikit dan sedikit lada hitam.
Gaul rata dan perap selama setengah jam...


Buat macam ni...

Lepas tuu...


Panaskan minyak...masukkan daging yang kita perap tadi. cik Zah masak guna kuali Tupperware...fryer pan..ianya mengekalkan haba dan proses masak daging pun cepat..
Lepas tu masukkan..
Masukkan cili dan bawang


Siap dah...kalau makan dengan nasi panas panas...perghh.....mertua dok sebelah pun tak pelawa makan...hahahaha....gurau jer

Salam Aidiladha buat semua...: )

Wednesday 2 November 2011

Kenduri Bertunang

Assalamualaikum....dah lama cik Zah tak masuk entri. sibuk bagai nak rak sampai tak ada masa nak tengok apa pun. Dalam hati hanya nak selesaikan majlis pertunangan adik bongsu cik Zah cepat cepat. Segala urat urat dah bersimpul kerana majlis yang tak seberapa tuu..
Mujurlah kami satu keluarga dah berpakat nak ambil katering saja untuk majlis pertunangan adik cik Zah tuu...kalau masak sendiri mesti masuk wad Hospital Sultanah Bahiyah..
Ni lah adik bongsu cik Zah....Nor Aziah dengan tunang dia...Shahrul Rizal
Dekat sini cik Zah nakl tunjuk beberapa jenis makanan masa majlis tuu..
 Nama empunya katering tu En Mus...kami panggil dia Mus saja nama penuh tak tau...dia kalau hari hari biasa jual bubur dekat depan Masjid al Rahmah Taman Wira Mergong..
Dalca Daging
 Daging Kunyit
 Jelatah
 Bagi tetamu yang makan nasi putih sambal belacan dan ulaman turut disediakan.
Selain daripada masakan cik Mus....ibu mertua adik cik Zah yang nombor empat....makcik Ani pun pakar dalam dunia masakkan...dia turut masak beberapa jenis masakkan hasil air tangan makcik Ani....sedap sedap tau...kalau sesiapa nak tempah untuk jamuan kecil boleh lah cari makcik Ani..dia duduk Taman Suria Jitra..

Ayam masak merah

 Gado gado...yummy..sedap


Puding....pencuci mulut...nama puding ni tak tau lupa nak tanya


Ini saja kot gambar gambar makanan yang sempat cik Zah ambil....ok kot setakat ni...cik Zah hanya dapat mendoakan semoga adik cik Zah dan tunang dapat tempohi alam pertunangan ni dengan aman damai...merajuk sikit sikit dah lah kot...dua dua dah besar gajah tak payah nak gaduh gaduh dengan masalah remeh temeh...hihihi

Kepada keluarga Shahrul Rizal....mohon maaf andai kata majlis kami tak sempurna..
Kepada Shahrul Rizal welcome to our family....hidup mesti happy macam kami semua..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...