Friday, 13 July 2012

Kek Pisang Tanpa Mentega dan Telur

Assalamualaikum...

Dah siap untuk minum petang. Kebetulan ada beberapa biji pisang berangan yang dah masak ranum tapi tak ada yang sudi menjamah...agaknya terlalu banyak buah buahan di rumah nie...betik ada..rambutan ada..epal pun ada.
Dari terus busuk dan masuk tong sampah cik Zah try buat kek pisang yang tak perlu mentega dan telur. Mudah sangat cara membuatnya. 


Bahan bahan
3 cawan pisang yang di lenyek
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
3/4 cawan minyak (cik Zah pakai minyak jagung)
secubit garam

Cara menyediakannya
1. Dalam satu bekas masukkan gula dan pisang. Kacau rata.
2. Ayak tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat.
3. Campur kesemua tepung kedalam bekas pisang dan gula.
4. Kacau sebati bersama secubit garam.
5. Masukkan minyak dan kacau perlahan lahan sehingga sebati semua adunan tadi.
6. Bakar dengan suhu 170*c selama 15 minit jika menggunakan paper cup. Dan 30 minit jika acuan besar.


Tabur coklat cip di atas sebagai hiasan


Siap di bakar


Kek pisang nie cik Zah dapat resepi dari seorang makcik yang tak lokek berkongsi resepi walaupun dia menjual kek nie setiap pagi...terimakasih makcik Yam.


Pesanan...
Jika guna pisang yang manis kurangkan sikit gula..nanti kek pisang jadi terlalu manis..

3 comments:

  1. zaimah pun baru2 ni buat Muffin Pisang. rajin la hangpa berdua ni. aku entah bila la nak membaking.

    ReplyDelete
  2. Hang pun rajin..aku tengok dok masak macam macam..teringin nak rasa peria goreng garing tuu..

    ReplyDelete
  3. Nak tanya,boleh tak kek pisang nie di kukus??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...