Showing posts with label rendang. Show all posts
Showing posts with label rendang. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Rendang Pedas Udang

Assalamualaikum..

Hangat sungguh hari hie..tahap malas nak masak pun ada tapi tanggungjawab sebagai tukang masak tetap di dapur nie terpaksa juga cik Zah laksanakan..

Hari nie masak rendang pedas udang menggantikan sambal tumis udang yang selalu cik Zah masak. Sekali sekala di bulan puasa kita ubah menu pulak.


cik Zah pernah masukkan dalam entri resepi tapi baca nak memudahkan cik Zah masukkan sekali lagi ya resepi mudah ni...khas untuk orang yang malas nak masuk dapur macam cik Zah hari nie..

Bahan bahan
1/2 kilo udang
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
2 sudu makan cili kisar
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun kunyit dihiris rampai
Garam secukup rasa

Cara menyediakan
1. Kisar kasar bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, cili dan kunyit serbuk. Biar mendidih seketika baru masukkan santan dan udang.
3. Masak sampai naik minyak baru masukkan garam dan daun kunyit.

Selamat mencuba..

 

Sunday, 8 July 2012

Rendang Utara

Assalamualaikum...

Hari nie cuaca di Kuala Kedah mendung selepas hujan turun lebat bersama angin yang kuat di tengah malam tadi. Nak sidai baju pun seram takut tak sempat nak angkat. Bila cuaca macam nie semuanya malas..nak masak pun malas tapi tanggungjawab tetap dilaksanakan walau kaki cik Zah belum pulih sepenuhnya untuk berdiri lama..terimakasih kepada abang KB sebab banyak membantu cik Zah di dapur.

Tengahari nie cik Zah masak sejenis saja lauk untuk hidangan tengahari...rendang utara.
Dari mana cik Zah dapat nama nie jangan tanya sebab kebanyakkan kedai makan di sekitar utara nie masak rendang lebih kurang macam rendang yang cik Zah masak nie...biasa lah orang utara terkenal dengan rendang yang di campur sedikit rempah. Tapi rasa rendang tetap ada.

Nak resepi??

Bahan bahan
1 ekor ayam ~ potong 12
1/2 kilo bawang merah *
1 inci halia *
3 batang serai *
2-3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah rendang Adabi
1 sudu besar rempah kurma Adabi
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
1. Kisar kasar bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak tumis bahan kisar bersama rempah, cili mesin dan kunyit.
3. Masak sehingga naik bau 
4. Masukkan ayam dan sedikit santan. Biarkan air ayam keluar dan sedikit kering baru tambah kesemua santan.
5.Bila mendidih dan agak kering baru masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka.
6. Bila agak kering baru masukkan daun limau purut, daun kunyit dan asam keping.
7. Kacau rata dan boleh tutup api..



Selamat mencuba...



 


Tuesday, 6 September 2011

Rendang Minang

Selamat tengahari semua.....hari ni cik Zah nak tunai janji nak tunjuk resepi rendang minang. Resepi ni cik Zah dapat dari adik ipar cik Zah..... Aznida Nur...dia keturunan Minang dari Bukit Tinggi Indonesia sebelah ibu tapi arwah ayah dia orang utara...setiap tahun adik ipar cik Zah ni jual rendang minang ni. Sesiapa yang pernah rasa mesti nak ulang oder di tahun seterusnya...memang sedap. Selain daripada rendang minang dia mahir masak lontong...fuhh memang sedap...yang tu cik Zah belum sempat nak belajar 100%..nanti cik Zah belajar cik Zah kongsi dalam entri ni ya...

Rendang Minang

Bahan bahan:
1 kilo daging lembu ~ potong mengikut suka
1/2 kilo bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 inci lenguas*
1/2 inci kunyit hidup*
Semangkuk cili mesin
4 biji buah keras*
2 sudu besar biji ketumbar ~ jika suka....di sanggai dan tumbuk halus
1 kilo santan pekat
3 helai daun salam ~ jika ada
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit ~ dikoyak2
Garam dan perasa

Cara memasak
  1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama cili mesin dan biji ketumbar kedalam kuali
  2. Masukkan daging dan biar sampai keluar air daging.
  3. Bila air agak kurang baru masukkan santan separuh.
  4. Masukkan baki santan apabila rendang nampak sedikit pekat. 
  5. Masukkan daun salam, daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Seterusnya masukkan garam dan perasa....masak sampai kering. Jika anda suka rendang yang sedikit berkuah jangan masak sampai kering. Tutup api dan boleh di hidangkan bersama ketupat nasi atau pun nasi impit....yummmy...sedap tau..
Suami cik Zah suka makan rendang minang ni tapi dia nak basah basah sikit. Tapi bila kita masak lebih kering barulah terasa minang nya....cubalah.

Selamat mencuba..................: )


Saturday, 2 July 2011

Rendang Ayam Kampung dengan Pulut Durian

Salam petang sabtu. Baru selesai bertarung di dapur tadi. Mula mula cik Zah ingat nak masak bihun goreng dengan rendang ayam kampung saja untuk makan tengahari ni tapi suami cik Zah kata dah buat rendang rebus lah sikit nasi impit segera...bila hampir siap semua cik Zah masak tot tot suami cik Zah bawa balik buah durian ingat dia nak makan mentah sekali lagi dia minta cik Zah buat kuah durian nak makan dengan pulut yang dia beli masa perlawanan takraw dekat Bukit Kayu Hitam minggu lepas. Hai tak habis lagi tugas di dapur walau pun jam dah tunjuk pukul 2.45 petang.

Ayam kampung ni cik Zah pesan dekat jiran dekat rumah cik Zah. Bapa dia menternak ayam kampung di Felda Sungai Limau Pendang. Kebetulan dia balik kampung cik Zah kirim lah dua ekor. Dulu cik Zah jarang masak ayam kampung sebab daging ayam kampung ni keras tapi selepas menjaga FIL cik Zah kena cari ayam kampung sebab FIL cik Zah tak makan ayam bandar...macam2 orang tua tua ni kan. Ikut je lah. Resepi Rendang cik zah tersangat lah mudah...cik Zah buat macam masak rendang pedas orang Perak cuma cik Zah tak masukkan kerisik dan lengkuas untuk rendang ayam. Kalau rendang daging cik Zah masukkan lengkuas lebih banyak dari halia pun tak masukkan kerisik.

Bahan bahannya
Seekor ayam kampung ~ potong 12
1/2 kilo bawang merah *
5 ulas bawang putih *
Cili kering * ( ikut nak pedas)
6 - 9 batang cili padi *
4 batang serai *
1/2 inci halia *
2 mangkuk santan pekat
Daun kunyit ~ di siat2
Daun limau purut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Sedikit serbuk peras ( jika suka)

1 Kisar atau hiris bahan bahan bertanda *
2 Masukkan ke dalam kuali biar seketika diatas api.
3 Masukkan ayam dan serbuk kunyit biar sampai air ayam keluar lepas tu masukkan santan dan sedikit air.
4 Jika masak menggunakan ayam bandar jangan tambah air sebab ayam bandar akan mengeluarkan air bila   kita letak atas api
5 Biar agak ayam empuk baru masukkan garam dan serbuk perasa.
6 Hampir kering baru masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

~ Nasi Impit yg telah siap direbus ~

~ Ini kuah durian yang cik Zah campur dengan gula melaka ~


Pulut susu yang telah siap di tanak. Untuk pengetahuan pulut susu kita tak perlu rendam sebab pulut susu cukup lembut. Kita hanya perlu masak seperti masak nasi. Setengah orang  masak dalam rice cooker tapi cik Zah masak dalam periuk biasa. Letak garam secubit untuk rasa lemak pulut dan daun pandan untuk bau yang harum..

Selamat Mencuba...............: )






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...