Thursday 30 June 2011

Bila dah jumpa....DURHAKA pada Diet

Assalammualaikum......dah lama cik Zah tak buka entri ni sebab balik kampung suami dekat Umbai Melaka ada kematian bapa saudara terdekat...Bila dah balik sana cik Zah tak lepas peluang menikmati makanan orang Melaka...terutamanya mestilah Asam Pedas...nampaknya kena lah durhaka dengan diet yang tak boleh sentuh nasi...hahahahaha...makan dulu lepas ni diet balik lah..

~ Asam pedas ikan tenggiri ~

~ Ini nasi...sambal belacan dan ulam ulaman ~

Ni cik Zah nak cerita sikit bab sambal belacan yang di atas....fuhhh sedap giler walaupun pedas meleleh air hidung masa makan...menurut cerita orang Melaka kalau makan asam pedas kena makan dengan sambal belacan ni...
Ini lah kedai makan yang cik Zah makan asam pedas...betoi2 sebelah kedai makan Kari Kepala Ikan Hj Senin..tapi kedai makan Hj Senin buka tengahari...dekat situ pun masakan memang sedap2..Dekat BOKCHIK ni ada macam2 menu kita boleh pilih nak makan apa.

~ Taaaraa......durian kampung ~


~ Ecah pulun makan....best makan bawah pokok rambutan ~


~Teka ini buah apa? ~

Buah ni memang banyak dekat Umbai...ada yang rasa masam2 manis dan ada juga yang manis...yang masam boleh buat sambal macam kita buat sambal buah kuinin....ini lah buah BINJAI....sekilo rm3. Cik Zah tak beli pun sebab yang ni masam2 manis..
Masa cik Zah balik KL anak saudara suami blog dia LittleLizzyWorld (Nurliza Othman) belanja kami makan masakan thai dan satay melaka dekat Medan Selera AU5 Taman Permata.....pun sedap juga...terimakasih Eja dan Rashdan.





Saturday 25 June 2011

Asam Pedas Ikan Jenahak dan Goreng Belacan Kacang Botol..

Selamat tengahari.....bagi yang dah makan mesti dah kenyangkan....tapi yang belum makan cik Zah nak tayang gambar lauk lauk yang cik Zah masak tengahari ni....Apa lagi kalau bukan asam pedas ikan jenahak...cik Zah ni bukan lah pakar sangat masak asam pedas melaka tapi cuba2 dan tanya2 kepada saudara mara sebelah suami alhamdulillah menjadi akhirnya..
Cuma bezanya suami cik Zah ni orang Umbai.....Kg Bukit Tembakau...jadi asam pedas orang sebelah sana letak rempah kari sikit agak2 dlm satu sudu besar. Rasanya tak ada beza dengan rasa asam pedas yang lain cuma lebih sedap sikit.....hihihihi..

Bahan bahan
Beberapa ketuk ikan
Cili mesin ikut suka nak pedas
5 ulas bwg merah*
3 ulas bwg putih*
sedikit halia*
sedikit belacan*
satu sudu lada hitam*
satu sudu rempah kari ikan
asam jawa semangkuk
satu sudu kecil halba

Bahan yang tanda * di tumbuk atau kisar..tumis bahan tumbuk sampai garing bersama serai yang diketuk. Masukan cili mesin bersama rempah kari sampai garing. Masuk kan air asam jawa dan sayur terung.  Biar mendidih masukkan garam, gula dan perasa...lepas tu masukkan ikan..biar seketika kemudian tutup api.

~ Kacang botol goreng belacan ~

~ Sayur campur tumis air ~

Selamat mencuba.......................: )




Japanese Sauffle Cheese Cake......bukan cik Zah buat..

Assalamualaikum....ini bukan cik Zah buat tapi adik cik Zah....Mek Yann (Azian Aziz) yang buat. Hobi dia buat kek tapi dia tak berapa suka makan kek. Nak jaga badan takut tergemuk macam cik Zah lah tu... Petang tadi sebelum dia p rumah mak mertua dia buat kek ni....bercerita pasai mak mertua Mek Yann memang pakar masak memasak ni....siap boleh buat tempahan kalau setakat 300 orang makan no hal...bukan setakat lauk pauk...biskut dan kek pun handal sebab tu lah Mek Yann tak mau ketinggalan..

~ Ini Japanese Sauffle Cheese Cake yang siap di potong.....Halusssss.... ~

~Resepi tak ada tau ~




Oreo Muffin

Salam di petang Sabtu....tengahari tadi cik Zah masak simple sesangat...jadi tak yah lah nak masukkan dlm entri ni...asam rebus isi ikan merah, sayur sawi soreng, sambal tempoyak dan ikan goreng....Simple kan...jadi tak yah lah nak tunjuk2 gambar lauk tu...
Petang ni terlebih rajin sebab pagi tadi selepas p ziarah pusara ayahanda cik Zah dengan adik cik Zah p ronda dkt kedai kek....ingat nak beli cream cheese saja sbb adik cik Zah nak try buat  cheese cake apa ke entah namanya....akhirnya cik Zah borong mcm2 rasa teringin pulak nak buat Oreo Muffin...biasalah orang tua suka makan Oreo mesti lah nak cuba resepi yang guna Oreo...hehehehe..
 
Bahan bahan:
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan butter ~ dicairkan
1 1/2 cawan tepung *
1/3 cawan gula halus
2 sudu teh baiking powder*
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan chocolate chips
1 cawan Oreo ~ patah2kan kecil2

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 180 darjah
2. Pukul telur, susu segar dan butter
3. Tanda * ayak bersama.....campur kesemua bahan kecuali Oreo
4. Bila dah kaup sebati baru masukkan Oreo...adunan ini nampak liat sedikit
5. Masukkan 3/4 ke dalam cup muffin dan bakar antara 15 ke 20 minit
~ Adunan muffin yang telah siap di gaul  ~
 
 
~ Tengok cik Zah silap masukkan separuh sahaja kedlm cup maffin ~


Selamat Mencuba..........: )







 
 

Friday 24 June 2011

Masak Lemak Fuchuk Telur Masin



Salam petang Jumaat....tak terfikir nak masak apa tengahari tadi sebab cik Zah hari ni ada party TUPPERWARE...kawan cik Zah hari ni tiba tiba saja jemput p rumah dia sebab ramai adik beradik dia datang dari Singapura...pucuk di cita ulam mendatang...
Bila balik dah nak hampir jam 12.30 tgh..suami cik Zah kata masak lah apa2 yang simple sebab dah bosan nak makan di luar lagi pun hari ni hujan lebat...nak keluar cari restoran pun dah malas..memikirkan masa sembahyang Jumaat panjang cik Zah pun masak lah masak lemak fuchuk dengan telur masin.
Cara memasak macam biasa cuma tukarkan telur ayam kepada telur masin...cubalah kelainan sikit kan.. lepas tu cik Zah masak yang ni pulak....

~ Hati ayam masak sambal cili padi ~

dan yang ni.........
~ Kobis goreng kicap ~

Untuk resepi hati ayam masak sambal cili padi tu cik zah tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi (ikut suka nak pedas letak lebih cili )...serai cik Zah ketuk...tumis semua bahan sampai agak garing masukkan sedikit santan, garam dan gula...akhir sekali masukkan hati ayam yang telah di goreng terlebih dahulu...kacau rata perahkan ssedikit asam jawa...bagi kering sedikit tutup api....

SIAPPPP...............: )



Tuesday 21 June 2011

Kari Ikan Nyok Nyok

Selamat malam........lambat lagi kan. Hari ni cik Zah p buat party TUPPERWARE dekat kuaters tentera... sibuk berceloteh mempromosikan barang barang Tupperware yang banyak diskaun bulan ni...Isteri isteri tentera dekat situ semuanya tak tahan tengok Tuppperware yang cik zah pamerkan....Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada...kena kerja kuat sikitlah kalau nak lebih...
Nampaknya dah terkeluar tajuk cik Zah ni....ok ok kita cerita pasai Kari Kepala Ikan Nyok Nyok  pulak. Pagi tadi cik Zah kan p pasar Kuala Kubang Rotan..cik Zah beli ikan nyok nyok seekor. Mula mula ingat nak buat masak asam pedas Melaka sebab FIL cik Zah tak boleh lepas makan asam pedas...maklumlah orang Melaka...tapi suami cik Zah pulak nak makan kari....
Kari cik Zah ni sama macam kari orang lain...cuma mungkin bezanya kari cik Zah guna rempah basah...cik Zah tak sempat nak ambil gambar rempah tu....TERLUPA...untuk pengetahuan rempah basah ni kalau kita masak tak perlu letak garam sebab dah ada garam dlm ramuan rempah. Lagi satu kari orang utara mesti..wajib rasa masam dan kurang santan...Fuhh terangkat kalau makan dengan sambal belacan...

Ini pulak Sambal Terung dengan Ikan Bilis....cik Zah masak ni pun lauk permintaan tau. suami cik Zah cukup suka kalau cik Zah masak lauk ni....dia kata serasi kalau di satukan dengan kari kepala ikan dalam pinggan nasi dia....muahahahaha...lawak lah suami ku itu..
Kalau nak buat sambal terung ni kita kena goreng seketika terung yang dah di gaul dengan garam kunyit...lepas tu ikan bilis tu kita goreng agak garing baru lah masa kita kunyah terasa ranggup dalam mulut. Sambal tu jangan letak asam jawa..kita gantikan dengan asam keping. Masak sambal macam biasa..





Aduh mahalnya harga ikan musim ni

Salam petang Selasa...agak lewat sikit cik Zah keluar n3 hari ni...biasalah kan suri rumah merangkap bisnes women di rumah ni selalu saja sibuk....kena selesaikan dulu kerja kerja utama lepas tu baru buka n3....luangkan masa santai. Hari ni cik Zah nak cerita harga ikan di tempat cik Zah ni mahal dari biasa..agaknya sebab hujan seminggu ni ikan hilang tak dak dalam laut....hihihihi...mengarutlahkan....rasanya nelayan tak ke laut takut ribut dan hujan lebat..

Ini lah pasar yang selalu cik Zah pegi selang sehari. Cik Zah memang suka datang tempat ni sebab harga ikan, udang, sotong, ketam semuanya murah dan yang paling penting cukup segar..Setiap jumaat ada pasar tani...jadi semua ulam ulaman dan sayur sayur kampung ada dekat sini. Tak ketinggalan buah buahan kampung. Pasar ni terletak dekat kawasan perkampungan nelayan. Kalau suami ke laut mencari hasil laut si isteri menjual hasil tangkapan suami..cukup murah dan segar

        ~ Ikan nyok nyok sekilo rm20...yg belakang tu ikan jenahak sekilo rm24 ~


~ Yang depan tu ikan nyok nyok...tepi tu ikan cencaru sekilo rm7 ~


~ Udang sekilo rm40 ~

Sotong ni sekilo rm20. cik zah pernah beberapa kali beli tapi tak pandai masak. Selalu saja sotong tu keras selepas masak. Menurut kata mereka2 yang pernah makan sotong ni rasanya lebih sedap dari sotong yang biasa. Kalau beli seekor pun dah cukup untuk 5 orang makan...

~ Ketam ni sekilo rm20 ~


Ini udang geregau...comel saja tapi memang sesuai untuk buat cucur udang atau cucur jagung...rasa cukup manis. Kita hanya buangkan kepalanya saja sebab kulit udang ni cukup lembut.

 ~ Tamban kering dan gelama masam....orang melayu buat tau ~




Monday 20 June 2011

Hari yang sibuk

Assalammualaikum semua.....sibuk...sibuk...sibuk...separuh hari ni cik Zah sibuk dengan tugas sebagai ibu...menghantar anak ke sekolah dalam hujan lebat pagi tadi...masyaAllah sekolah anak cik Zah di naiki air hampir paras lutut...habis kasut sekolah dan setokin Ecah basah...cik Zah patah balik rumah ambil selipar sebab kasut dah tak boleh nak pakai...tapi bila sampai sekolah cik Zah tengok pelajar pelajar dok main air banjir di koridor kelas...alahai kotor betoi...harap harap Ecah tak main air...tapi bila sampai kelas 1 kenanga cik Zah tak nampak bayang Ecah...cari punya cari rupanya Ecah pun dok main air...macam itik jumpa air dah jadinya..terus cik Zah ke bilik guru meredah air banjir jumpa guru kelas Ecah minta izin bawa Ecah balik...hai masalah banjir di kawasan sekolah ni dah bertahun tahun tetap macam tu juga tak ada perubahan...

Lepas tu cik Zah terus ke ASB sebab nak tuntut duit khairat kematian arwah ayah cik Zah dan menguruskan tuntutan duit dalam akaun ASB arwah...ingatkan cepat lah siap tapi banyak perkara nak kena buat..selesai dapat duit khairat kematian RM200 cik Zah ke Mahkamah Alor Setar sebab nak angkat sumpah sebagai waris yang nak menuntut duit arwah...lepas tu isi borang lengkap cik Zah ke ASB semula sebab nak habiskan hari ni juga tuntutan duit arwah...bila selesai cik Zah kata dkt suami rasanya dah cukup letih nak masak...kita makan di luar saja lah...

~ Laksam kak Shon ~

Laksam kak Shon jadi hidangan tengahari tadi. Cik Zah beli dekat pekan Kuala Kedah...memang sedap. Kedai kak Shon berdekatan dengan Pejabat pos Kuala Kedah..

~ Muffin Pisang adik cik Zah tolong buatkan...sedap tau  ~
 
  
Yang ni cik Zah tak tau nama apa tapi memang sedap. Cik Zah beli dekat office mate adik cik Zah dia buat untuk jualan hari raya tapi cik Zah suka beli kudap kudap simpan mana tau ada tetamu datang tak ada apa nak di jamah...cornflake campur kacang dan ikan bilis...rasa pedas dan manis...memang sedap...yummy

~ Ini kacang dal yang sama seperti di atas....yummy...ranggup..pedas... ~





Thursday 16 June 2011

Tabahkan hati

Salam Jumaat......sebenarnya cik Zah awal2 lagi dah nak buka entri ni tapi entah apa yang tak kena tak boleh buka...dah lah cik Zah ni buta IT maka terhegeh hegeh nak cari satu persatu nak buka macam mana...akhirnya dapat juga..
Pagi tadi cik Zah buat breakfast yang paling simle untuk diri sendiri...dah nak diet maka makan pun ala kadar saja walau pun hati teringin sangat sangat nak makan roti canai, nasi lemak, kuih muih seperti biasa..

~ Ini saja sarapan cik Zah ~


Untuk suami dan anak cik Zah buatkan karipap...inti murtabak mini semalam ada lebih cik Zah bancuh tepung buatkan kulit malam tadi lepas tu letak inti...untuk simpan esok pagi cik Zah bakar sekejap karipap tu..bila nak makan terus goreng..


Dah nak diet sangatkan...cik Zah buat sayur manis bayam campur keledek, kacang pis dan ikan bilis.. sedap juga makan begitu saja. Kawan cik Zah kata banyakkan makan sayur  dan buah buahan lupakan nasi...huhuhuhu kena tabahkan hati untuk diet ni..


Percubaan Pertama

Salam.....hari yang betoi2 memenatkan..ikutkan hati tak mau buat makanan untuk minum petang sebab terlalu letih. Tapi bila fikir fikir balik kesian dekat anak bujang yang nak balik KL esok pagi cik Zah gagah kan juga buat Mini Murtabak. Ini percubaan pertama cik Zah. Tertarik dengan resepi dari 1001 resepi kak Ida.....terimakasih sekali lagi kepada kak Ida.
 ~ Mini Murtabak ~

Kepada sesiapa yang ingin mencuba cik Zah rasa elok tengok entri 1001 resepi...macam macam ada dekat situ...menarik dan sedap...






Wednesday 15 June 2011

Diet oh Diet...

Selamat malam...hari ni cik Zah lewat sikit masuk n3...banyak sangat kerja nak buat. Biasa lah kan surirumah merangkap bisness women di rumah macam cik zah ni kadang kala sibuk bila ada pelanggan datang memborong barang2 Tupperware...
Tengahari tadi cik zah dok fikir apa lah aku nak masak untuk hidangan tengahari maklum lah cik Zah dok tengah diet nak bagi kurus sikit...hahahaha itu azam lah kononnya tapi tak tau menjadi ke tidak..
Tak ada yang special pun untuk menu diet cik Zah...Suun Goreng...simplekan. Nak masak pun senang saja. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris bersama sedikit minyak....lepas tu masukkan isi ayam atau apa2 saja yang kita suka..masukkan telur dan kacau sampai hancur..masukkan suun, lobak merah, cendawan panjang dan taugeh...tambahkan garam dan sedikit perasa..

~ Suun Goreng ~

~Cucur Kodok Pisang ~

Nak diet macam manakan kalau makan cucur kodok pisang ni...hahahaha ni untuk suami cik zah dan anak2..tengahari tadi hujan turun tak henti2 jadi suami cik Zah kata kalau makan cucur kodok pisang hujan2 ni mesti best...hmmm..memang menduga keimanan ku..tapi cik Zah tak makan pun...tolong buat untuk mereka2 yang dalam rumah ni...diet tau...
~ Taraaaaa...epal hijau ni saja cik Zah jamah untuk minum petang tadi ~


Betul tak cik Zah kata tak ada yang menarik...cik Zah hanya boleh makan epal hijau yang dihiris nipis2...kenapa nipis2? Sebab kita boleh makan pelan2 jadi perut pun boleh kenyang...itu menurut kata konsultan HERBALIFE......cik Zah saja tunjukkan apa yang cik Zah masak untuk family....simple je..









Tuesday 14 June 2011

Udang Ketak

Salam petang Selasa...hari ni tak ada yang menarik sangat...cuma cik Zah nak tunjukkan gambar Udang Ketak...ini panggilan orang utara. Kalau di sebelah selatan cik Zah tak tau apa panggilannya..Mungkin ramai yang biasa tengok udang ni. Rasanya lebih kurang macam rasa udang biasa juga cuma isinya lebih lembut..Macam cik Zah suka makan kalau di goreng bersama cili dan bawang potong..tapi ada juga yang buat kuah mee. Menurut kata orang yang biasa masak kuah mee menggunakan udang ketak ni rasa kuah lebih sedap dan manis..
Sekarang ni musim udang ketak.  Dekat pasar tadi ada jual sekilo rm4 saja. Kalau musim udang ketak  bertelur mahal sikit harganya...boleh mencecah rm8 sekilo...kalau yang tak biasa tengok dan rasa udang ketak ni tengok gambar2 yang cik Zah letak disini...

~ Ini lah Udang Ketak ~
Udang ketak kulitnya keras. Bila nak masak kita kenalah rajin sikit buang kepala, tepi kiri kanan badan udang yg sedikit keras tu dan kaki2 lembut udang ni..lihat gambar di atas macam mana cik Zah buang kulit tepi udang ni...guna gunting lebih mudah..

~ Yang ni dah siap cik zah goreng garam kunyit ~

Hari ni dah goreng udang ketak cik Zah buat masak lemak tempe dgn kacang buncis. Ini lauk kegemaran suami cik Zah. Rasanya kali ni warna tak berapa menarik sebab cik Zah letak cili merah. Selalunya cik Zah letak cili padi...warna kuning kunyit terserlah..
~ Masak lemak tempe dengan kacang buncis ~
~Sambal buah kuinin penyedap rasa ~

~ Ikan selayang goreng garing memang enak dimakan panas panas ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...