Tuesday, 21 June 2011

Kari Ikan Nyok Nyok

Selamat malam........lambat lagi kan. Hari ni cik Zah p buat party TUPPERWARE dekat kuaters tentera... sibuk berceloteh mempromosikan barang barang Tupperware yang banyak diskaun bulan ni...Isteri isteri tentera dekat situ semuanya tak tahan tengok Tuppperware yang cik zah pamerkan....Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada...kena kerja kuat sikitlah kalau nak lebih...
Nampaknya dah terkeluar tajuk cik Zah ni....ok ok kita cerita pasai Kari Kepala Ikan Nyok Nyok  pulak. Pagi tadi cik Zah kan p pasar Kuala Kubang Rotan..cik Zah beli ikan nyok nyok seekor. Mula mula ingat nak buat masak asam pedas Melaka sebab FIL cik Zah tak boleh lepas makan asam pedas...maklumlah orang Melaka...tapi suami cik Zah pulak nak makan kari....
Kari cik Zah ni sama macam kari orang lain...cuma mungkin bezanya kari cik Zah guna rempah basah...cik Zah tak sempat nak ambil gambar rempah tu....TERLUPA...untuk pengetahuan rempah basah ni kalau kita masak tak perlu letak garam sebab dah ada garam dlm ramuan rempah. Lagi satu kari orang utara mesti..wajib rasa masam dan kurang santan...Fuhh terangkat kalau makan dengan sambal belacan...

Ini pulak Sambal Terung dengan Ikan Bilis....cik Zah masak ni pun lauk permintaan tau. suami cik Zah cukup suka kalau cik Zah masak lauk ni....dia kata serasi kalau di satukan dengan kari kepala ikan dalam pinggan nasi dia....muahahahaha...lawak lah suami ku itu..
Kalau nak buat sambal terung ni kita kena goreng seketika terung yang dah di gaul dengan garam kunyit...lepas tu ikan bilis tu kita goreng agak garing baru lah masa kita kunyah terasa ranggup dalam mulut. Sambal tu jangan letak asam jawa..kita gantikan dengan asam keping. Masak sambal macam biasa..





2 comments:

  1. Sumpah terliur pagi2 camni weih.

    ReplyDelete
  2. muahahaha...tak pa kita kan nak diet...lupakan saja...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...