Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, 19 March 2011

Asam Podeh Daging Tetel


Selamat pagi semua..pagi ni saya masak awal sikit...rajin dari biasa kot. Biasalah kan kadang2 kita ni rasa malas nak masuk dapur awal sebab dok mengemas rumah lah membasuh baju lah...ehh baju mesin yg basuh..menjemur kain lah...mcm2 nak buat pagi2 ni....
Tapi pagi ni saya awal2 dah buat persiapan bahan2 utk masak asam podeh daging tetel...ini masakan org Melaka...biasalah kan bila sang suami org Melaka sang isteri kena lah turut selera sang suami...

Bahan bahannya
Daging tetel - direbus terlebih dahulu
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
Lengkuas dikisar
1 sudu besar lada hitam
Semagkuk air asam jawa
Semangkuk air rebusan daging
Daun limau purut
Sebatang serai - diketuk
Garam, gula dan perasa (jika perlu)

Cara menyediakannya:
Tumis bahan2 yg di kisar bersama serai...bila wangi masukkan cili kisar masak sampai naik minyak dan garing...selepas itu masukkan daging tetel dan air rebusan...bila mendidih masukkan air asam jawa, garam, gula, serbuk perasa dan daun limau purut......SIAPPPPPP....



Selamat mencuba.............: )





Ayam Ala Pakistan


Salam sejahtera....hari ni terlewat nak masukkan resepi yg aku masak hari ni...maklumlah esok anak dah mula nak ke sekolah...sibuk dok buat persiapan utk dia...
Tengahari tadi aku masak ayam ala pakistan...masakan ni aku tengok dlm rancangan ketuk2 ramadhan...siapa lagi kalau bukan Hjh Shiela Rusly yg menjadi hos nya...tapi yg memberi resepi ni dlm rancangan tu Zahida Rafik..
Cukup mudah dan memang sedap ayam ala pakistan ni...lebih sedap kalau kita makan dgn capati atau pun nasi minyak...nak resepinya?

Bahan bahannya

Ayam potong 12 - letak garam kunyit dan goreng separuh masak
1 tin kacang pis
50 sen daun sup - di potong 1 inci
2 ulas bawang besar -dipotong bulat dan digoreng
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
5-7 biji cili padi - ditumbuk ( nak pedas boleh tambah cili lg)
3 sudu besar minyak sapi
2 cawan air

Cara menyediakannya:


~ tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan serbuk kunyit ~


~ Bila dah garing masukkan ayam, kacang pis dan air...biar mendidih ~


~Akhir sekali masukkan bawang besar yg telah di goreng bersama daun sup...letakkan garam dan sedikit perasa (jika suka) ~


SIAPPPPPPP............

Selamat mencuba......................: )



Thursday, 17 March 2011

Gulai Ikan Talang Kering Ala Utara

Assalamualaikum.....agak  lama tak bersua...maklumlah cuti sekolah aku mengambil peluang balik kampung suamiku di Umbai Melaka...ada majlis kawin anak saudara dkt Masjid Selat...
Entah kenapa tiba2 terasa teringin sangat nak makan gulai ikan talang kering....tengahari tadi aku masak lah sikit utk aku dan suami...nak resepi...mudah sangat2..

Bahan bahannya:
Beberapa keping ikan talang kering - rendam seketika utk hilangkan masinnya
Semangkuk santan
Serbuk kari ikan kering - cap Tarbus
3 hiris nenas - potong kecil2
1 biji terung - potong ikut suka
Sebiji ubi keledek - potong ikut suka
Bawang putih - dihiris
Bawang merah - dihiris
Daun kari
Minyak utk menumis

Cara menyediakannya:

~ Rebus dulu ubi keledek separuh masak...kemudian masukkan rempah kari, ikan talang kering, terung bersama sedikit air dan santan...biarsampai mendidih... ~


~  Baru masukkan nenas...masukkan perasa..tak perlu masukkan garam sbb ikan tadi telah berasa garam...kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari di dlm kuali yg berasingan sampai garing...tuang ke dlm periuk gulai tadi...tutup periuk cepat2 supaya bau wangi bawang tak hilang.........SIAPPPPP.....


Selamat Mencuba.......: )






Sunday, 6 March 2011

Ayam Masak Putih


Disebabkan hari ni merupakan hari aku malas memasak aku buat yang paling simple saja utk hidangan makan tengahari ni...janji semua org dlm rumah dapat makan....

Ayam masak putih ni aku belajar dkt seorg kawan kebetulan aku pegi kenduri arwah di rumah dia...selalu org buat masak merah ayam atau kari ayam tapi kali ni berbeza sikit...dia kata masakan ni mudah dan budak2 pun suka makan sebab tak pedas...

Cara nak masak senang sangat...ayam di goreng garam kunyit...bawang putih, bawang merah, halia di tumbuk...serai di ketuk...tumis semua bahan2 tadi dgn sedikit minyak lebihan goreng ayam...bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bila dah mendidih masukkan santan secawan...tambahkan cili merah, cili hijau dan bawang beesar yg di hiris....masukkan garam dan sedikit serbuk perasa......mudahkan...


~ kalau nak pedas sikit pecahkan beberapa biji cili padi.....masak sampai naik minyak ~

SIAPPPPP...

selamat mencuba..........

Thursday, 3 March 2011

Talam Suji Cikgu Rubiah


Talam Suji Cikgu Rubiah

Aku letak nama talam suji Cikgu Rubiah sbb dia yg ajar buat kuih talam ni....dia ajar memasak dkt KEMAS...aku adalah p menuntut ilmu sikit2 dkt situ..kalau aku dengar ada resepi yg aku minat aku pegi lah.. Kalau nak cuba kuih talam suji ni resepi di bawah....

Bahan-bahannya:

Bahagian A:
4 cawan santan pekat
4 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula melaka
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 camca teh coklat emelco
1 camca teh vanilla

Bahagian B:
1 cawan tepung suji
1/2 cawan tepung kanji
3/4 cawan gula pasir
5 cawan santan
2 biji telur
1/2 camca teh garam
pewarna kuning
1 camca teh vanilla

Cara menyediakannya:
Satu kan bahagian A dan bahagian B dalam 2 mangkuk berasingan
Kacau adunan A dan B sehingga naik wap ( dlm periuk berasingan)
Sapu minyak ke dalam loyang
Wapkan periuk kukus
Tuang bahgian B dahulu...kukus sehingga masak
Selepas itu tuang pula bahagian A di atas bahagian B....kukus sehingga masak..

*talam suji ini boleh di masak berselang seli seperti kuih lapis...

~ selamat mencuba ~


Tuesday, 1 March 2011

Acar Ikan Tenggiri


Haaaa....petang tadi tiba2 datang semangat rajin nak masak...kebetulan aku ada beli ikan tenggiri saiz kecil beberapa ekor...ingat tadi nak buat serunding ikan utk makan dgn pulut pagi jumaat ni tapi fikir balik dah lama tak makan acar ikan....Resepi ni aku dapat masa umur aku belasan tahun lagi....masa tu opah aku nak buat kenduri arwah...salah satu menu acar ikan ni lah.....opah aku memang pakar masak acar ikan ni....air tangan org lama....Masakan ni sedap di makan selepas disimpan semalaman.....barulah semua bahan meresap dalam isi ikan..

Bahan-bahannya:

8 ketul ikan tenggiri - digoreng
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Bahan A :

15 ulas bawang merah -direndam cuka dan kunyit
10 ulas bawang putih -direndam cuka dan kunyit
1 inci halia di mayang halus - direndam cuka dan kunyit
2 sudu besar biji sawi -direndam cuka dan kunyit
3 biji cili hijau dan merah -direndam cuka dan kunyit

Bahan B: (ditumbuk)

2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Caranya:

Toskan bahan yg direndam dgn cuka dan kunyit simpan lebihan cuka dlm mangkuk lain.
Goreng bahan A sampai separuh masak
Angkat dan ketepikan...tumiskan bahan B bersama kulit kayu manis dan bunga lawang
Bila dah garing masukkan cuka dan kunyit tadi bersama ikan goreng, bawang, cili dan halia
Masukkan garam, gula dan perasa.....SIAPPPPP...simpan semalaman untuk rasa lebih enak

Selamat mencuba........: )







Monday, 28 February 2011

Asam Pedas Melaka Resepi Mak Lang Sentul


Ini lauk permintaan....kebetulan pagi tadi aku dan suami saja ronda2 dkt tempat punggah ikan.....nampak ikan tenggiri baru...fresh....dok berlendir lagi....sekilo rm20....

Bila tanya suami ku nak masak apa ya tengahari ni...dia terus ckp..."asam pedas"...biasa lah kan org melaka...mana boleh lari dari lauk asam pedas..

Tengahari ni masak lah asam pedas melaka...sebenarnya aku bukanlah pandai masak asam pedas...maklum lah itu bukan lauk negeri ku...hehehehe...tapi disebabkan suami yg tercinta aku belajar sampai boleh masak...... sentiasa belajar dari mula2 kawin sampailah ke hari ni.....mungkin tak sesedap air tangan org melaka tapi suami ku kata sodap....itu yg penting....

Dekat bawah ni resepi asam pedas mak sedara suami ku.....mak lang sentul...

Bahan-bahannya:

Ikan tenggiri - isi saja
Terung panjang - potong ikut suka
2 sudu besar cili mesin
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan -ditumbuk
sebatang serai- di ketuk
1 sudu teh halba
Semangkuk asam jawa
Garam, gula, perasa

Cara memasak:

Mula2 tumiskan bahan tumbuk bersama serai dan halba....bila dah garing masukkan cili mesin masak sampai naik minyak...lepas tu masukkan terung...aku masuk terung dulu sbb nak bg empuk kalau masuk akhir terung tu keras...air asam jawa ikut lah kalau nak masam lebih letak lebih...masukkan ikan...garam, gula dan perasa...( menurut kata org melaka kena letak perasa baru kaw)...biar mendidih....SIAPPPP...

Selamat mencuba......: )


~ asam pedas melaka resepi mak lang sentul ~



Sunday, 27 February 2011

Telur Itik Masak Dal Dengan Buah Batang Munggai


~telur itik masak dal dgn batang munggai~

Hari ni pegi pasar tiba2 suamiku tengok telur itik...dia memang pantang nampak telur itik mesti nak beli... fikir2 apa nak buat dgn telur itik ni...selalunya buat masak lemak dgn belimbing dan sambal tumis...kali ni kita cuba buat masak dal pulak...suamiku kata ok saja janji boleh nak makan tengahari ni...

di bawah ni aku ada letakkan gambar utk caranya nak masak...


~ kacang dal dan kacang kuda yg telah di rebus empuk ~


~ ubi kentang ~


~ buah munggai atau pun nama lainnya... buah kelo ~


~ telur itik ~


~ masukkan santan ubi kentang, buah munggai dan kunyit dlm periuk ~



~ bila santan dah mendidih pecahkan telur itik satu persatu ~



~ masukkan kacang dal dan kacang kuda ~


~ tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari di dlm kuali yg lain ~


~ tuangkan bawang yg digoreng tadi ke dlm periuk ~

SIAPPPPP........

selamat mencuba..



Rendang Udang




Hari ni pegi pasar tiba2 ternampak udang besar....fresh...rm45 sekilo...rasa teringin pulak nak makan rendang udang...aku ambil 7 ekor sj sbb kami tak ramai...cukuplah utk makan tengahari ni..

Resepi rendang udang ni arwah opah aku yg bg....kiranya ini resepi turun temurun keluarga kami...aku biasa masak utk ibu mertuaku...dia kata ini rendang rampai sbb aku potong daun kunyit halus2 mcm nak buat bunga rampai....hehehehe...ada2 sj ibu mertua ku itu..

Nak tau resepinya......mudah sgt2....main campak2 sj...cuma bezanya opah aku berpesan kalau nak sedap semua bahan mesti dihiris halus2 kecuali cili mesin...



Bahan-bahannya:

7 ekor udang besar
20 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
4 biji cili padi (dihiris- kalau nak pedas boleh tambah lagi)
sedikit halia (dihiris)
2 sudu besar cili mesin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
santan pekat
garam
perasa (jika suka)
daun kunyit (dihiris seperti bunga rampai)
asam keping (jika suka)




~udang letak dlm periuk~



~letakkan bahan2 hirisan~



~semua bahan telah dimasukkan ke dlm periuk~



~masukkan santan dan apabila mendidih masukkan hirisan daun kunyit~

Akhir sekali masukkan garam...serbuk perasa....asam keping....SIAPPPP....

Selamat Mencuba :)



Friday, 25 February 2011

Resepi favourite kawan baikku...


Ubi Kentang & Bilis Goreng Cili...nyummm..

Hari nie tetiba teringat kat kawan baik aku Norzaila Ismail (Ella@Kak Chik)..ni blog dia..www.misz-ella.blogspot.com...kawan aku ni tak suka makan berat2 sebab dia jenis yang jaga badan...walaupun dh ada anak teruna sorg tp badan still menten mcm anak dara lagi...ada 1 pagi tu aku p breakfast dgn dia kat food court Semua House kot..aku tgk dia dok pulun makan benda ni...banyak plak tu...tu yg aku tau ni favourite dia...tp dia kata dia malas nak masak benda ni..dia slalu makan kedai ja...hehe..sori kawan aku terpecah rahsia hang...:p...nak tau mcmna aku buat benda ni...meh sini aku bagi resepi...


Bahan-bahan

  • Kentang di goreng
  • Ikan bilis di goreng
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili Merah
  • Cili padi (ikut kepedasan anda mau) 

~kentang yg telah digaul garam & kunyit kemudian digoreng sampai empuk~


~goreng ikan bilis sampai garing~

~tumbuk cili & bawang kasar2~

~tumis bahan tumbuk tadi~


~gaul semua bahan dlm kuali~


SIAPPP!!!...


Selamat Mencuba :)


Sup Tulang SIMPLE


Resepi sup ni aku rasa paling simple..amek dari mak sedara aku..rasa dia macam sup2 tulang yg lain juga cuma cara masakannya lebih mudah & cepat...sebab tu nama dia sup simple...hehe...kat bawah ni aku tepek gambar ja senang...

Bahan-bahan
  • Tulang rusuk (rebus sampai empuk)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 inci halia diketuk
  • Sup bunjut ADABI
  • 1/2 peket perencah rempah sup ADABI
  • Garam secukup rasa
  Bagi yang nak letak bahan perasa ikut suka anda...


Bila tulang dh empuk..masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi...sup ni tak payah tumis bawang...lepas tu campak semua ja..tunggu sampai mendidih & rasa semua dh cukup...tutup api & SIAPPP!!!...jom makan...


Selamat Mencuba :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...