Showing posts with label Kari. Show all posts
Showing posts with label Kari. Show all posts

Thursday, 2 August 2012

Kari Mamak Penang Style

Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak ke udara di dalam entri nie. cik Zah dok bersilat buat tart nenas permintaan kawan kawan yang nak makan di bulan Ramadan. Di tambah dengan anak dara cik Zah deman dan selsema...keadaan tak mengizinkan cik Zah masukkan resepi baru.

Kali nie cik Zah masak Kari Mamak Penang Style. Kebetulan abang KB penggemar kari selain asam pedas dan masak lemak cili padi....semua ni gara gara bertemu jodoh dengan cik Zah lah. Kalau tidak kari menjadi pilihan ke empat atau ke lima kot.


Resepi hampir sama dengan kari ikan yang lain cuma tambah beberapa rempah yang boleh menaikkan lagi bau menyelerakan..

Bahan bahan
4-6 ketul ikan nyok nyok
1 peket rempah kari ikan Babas
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
Sedikit halia*
2 biji cili merah* 
3 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kering kisar
Semangkuk air asam jawa
1 sudu makan halba campur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 cawan santan
Beberapa biji terung dan kacang bendi
Garam  secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak kemudian tumis cili merah kisar sampai naik bau. 
2. Kisar bahan bertanda * kemudian masukkan dalam cili merah yang di tumis tadi.
3. Masukkan halba campur dan daun kari.
4. Bila naik bau masukkan rempah kari ikan, cili kering kisar, jintan putih dan serbuk lada hitam. Biar garing baru masuk air asam jawa. Biar mendidih sampai naik minyak.
5. cik Zah suka masuk terung dulu supaya terung lembik sedikit..baru masukkan santan sedikit.
6. Masuk ikan biar mendidih baru masuk santan yang selebihnya. Tambah garam sebagai perasa dan bendi.


Makan kari mamak ni bertambah sedap jika di hidangkan dengan papedom dan ayam goreng bumbu..


Nampak tak tengkuk ayam tuu..itu bahagian yang cik Zah suka..resepi ayam bumbu ni cik Zah pernah masukkan dalam entri sebelum ni..sedap dan mudah


Selamat mencuba..



Sunday, 8 July 2012

Bila Orang Melaka Dah Suka Makan Gulai Orang Kedah

Assalamualaikum...

Kali nie cik Zah masak gulai ala orang utara atas permintaan suami. Kiranya sejak dua menjak nie cik Zah tak perlu nak fikir apa nak di masak sebab suami cik Zah awal awal lagi dah tolong bagi tau nak makan apa untuk menu tengahari..

Dulu masa mula mula kawin suami cik Zah kurang sangat nak makan gulai tapi bila cik Zah selalu dok masak dia pun mula suka gulai..alhamdulillah

Nak resepi ke?

Rasanya gulai orang Kedah nie sama jer dengan orang lain lain negeri kot cuma di utara gulai mesti nak pedas dan rasa masam sikit..

Bahan bahan
4-5 ketul ikan (cik Zah guna ikan jenahak)
1 peket rempah kari
1 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 tagkai daun kari*
Semangkuk kecil air asam jawa (pekat sedikit)
1 sudu kecil halba campur
Semangkuk santan sederhana pekat
Bendi atau terung

Cara menyediakannya
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Panaskan minyak lepas tu tumis bahan tumbuk dan halba campur. Biar agak garing baru masukkan rempah dan cili mesin. Biar garing dan tambah sedikit air asam jawa.
3. Masukkan santan biar mendidih sedikit baru masukkan ikan. Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Bila ikan nampak masak baru masukkan bendi dan tomato buah.




Selamat mencuba gulai orang Kedah

 

 

Wednesday, 28 September 2011

Tulang Rusuk

Assalamualaikum......hari ni awal sikit cik Zah masuk entri. Sebenarnya hari ni terlebih rajin dan lebih kalut nak p hantar TUPPERWARE....Tapi di sebabkan customer cik Zah belum sampai rumah lagi cik Zah bolehlah nak melayan blog ni dulu. Hari ni menu cik Zah atas permintaan suami cik Zah...awal awal lagi dia dah p pasar besar cari tulang rusuk suruh cik Zah masak gulai....hahaha orang Melaka dah terkena gulai orang utara dah ketagih..
 
Gulai tulang rusuk
Masak macam gulai daging atau gulai ayam yang biasa kita masak cuma cik Zah tambah satu atau kuib daging atau ayam dalam gulai ni...rempah cik Zah ikut lah kalau ada yang basah cik Zah pakai rempah basah tapi selalunya kalau gulai daging cik zah pakai rempah Babas jer..dan tambah sedikit cili mesin...bila rasa pedas baru perrghh...
Kebetulan tadi pagi dah keluar ke pasar besar cik Zah singgah sat ke rumah lama...p kot belakang rumah tengok pokok belimbing buluh buah mak datuk punyalah banyak..mungkin hujan turun sepanjang dua minggu ni buah menjadi jadi pulak...
 
Yang ni plan untuk masak esok pulak...rasanya nak buat masak lemak cili padi dengan belimbing ni....cik Zah tak ambil banyak sangat sebab buah tu besar besar....tak ada sesiapa yang nak makan kalau banyak sangat...yang lebih lebih tu nanti bonda cik Zah nak buat kering...untuk buat acar.
 
Oklah setakat ni jer kot cik Zah gebang gebang pasai makanan untuk tengahari ni...esok esok kalau ada masa cik Zah masuk balik dalam entri ni...
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...