Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Saturday, 28 July 2012

Jenahak Masak Cabai

Assalamualaikum..



Alhamdulillah hari nie dah masuk ramadan ke 8 kita umat Islam berpuasa. Sekejap masa berlalu. Dulu masa zaman kanak kanak awat rasa lambat posa..la ni pejam celik pejam celik dah 8 hari. Aduhh...biskut yang orang oder masih dok jadi tepung lagi. Mood nak buat biskut tak mai lagi..mungkin setiap hari cik Zah dok kalut buat juadah untuk jualan di bazar ramadan. Nak tau cik Zah jual apa...opps cik Zah tumpang letak saja..adik ipar cik Zah yang jadi taukeh..

Inilah..


Cream caremal...satu rm1..alhamdulillah bisnes di bulan ramadan nie memanjang laris...semua orang lapar kot. Tapi cik Zah buat cream caremal nie mengikut sukatan yang cik Zah pi belajar dekat Taman TAR Ampang..Hasmanoor Culinary..jadi sesiapa yang makan pasti nak lagi..hihihihi.

Okeylah berbalik pada tajuk entri cik Zah kali nie..Jenahak masak cabai...malas dah nak masak sambal tumis. Awat la sejak bulan posa nie cik Zah meluat dengan sambal tumis.

Resepi nie turun temurun dari opah cik Zah..memang kegemaran cik Zah lah kalau dapat masak cabai nie. Tak kisah ikan apa sekali pun. Kebetulan abang KB pi market dia suka ikan ketul ketul..dah jemu dengan ikan nyok nyok dia beli pulak ikan jenahak..

Resepinya..

Bahan bahan
2-3 ketul ikan jenahak - di goreng
5 bji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
3 biji cili merah*
5 biji cili padi* 
2 batang serai 
sekeping asam keping
Garam dan gula
Daun sup dan daun bawang
minyak - untuk menumis

Cara menyediakan
1. Kisar bahan bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis serai yg di ketuk.
3. Masukkan bahan yang di kisar. Masak sampai wangi.
4. Masukkan asam keping, garam,gula dan sedikit air.
5. Bila nampak sambal naik minyak masukkan ikan dan kacau sebati. 
6. Tabur daun bawang dan daun sup. 



Selamat mencuba. Resepi nie pun sedap kalau buat untuk bersahur..




Friday, 20 July 2012

Sambal Kering Ikan Bilis

Assalamualaikum..



Salam petang Jumaat. Tak sampai 24 jam lagi kita dah nak masuk bulan yang penuh keberkatan. Mudah mudahan bulan Ramadhan yang mulia nie kita sama sama dapat buat amal ibadat sebaik mungkin....InsyaAllah.

cik Zah tak ada buat apa apa persiapan bagai nak rak untuk menyambut Ramadhan. Lagi pun anak anak bujang semua di Kuala Lumpur...Fazri masih di UIA Gombak semester akhir. Dia kata tak perlu banyak duit poket sebab di UIA sepanjang Ramadhan terlalu banyak makanan untuk berbuka dan bersahur orang sedekah di masjid...Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.

Yang Fadzuan pulak tak mau ambil cuti di awal puasa sebab dia rancang nak balik berpuasa di akhir Ramadhan dan kalau boleh nak sambut Syawal di Alor Setar. Tahun lepas tak berpeluang sebab baru kerja. 

Okey cik Zah tutup kisah anak anak yang jauh di mata. Kita cerita kisah yang di depan mata nak puasa...siapa lagi kalau bukan anak dara cik Zah...Nur Kamalia Aisyah. Dah mula terpengaruh dengan iklan ho ho ho Holick..dan coco crunch untuk bersahur..


Abang KB pulak...haa..dia lah yang minta cik Zah buat Sambal Kering Ikan Bilis..khas untuk pembuka selera waktu bersahur..makan dengan nasi panas dan telur goreng mata kerbau pun sedap..


Sebenarnya cik Zah tak pandai buat sambal kering nie. Di utara memang tak ada pun sambal kering macam nie. Bila dah kawin dengan abang KB baru tau. Belajar di mana? Tak belajar di mana pun hanya mendapat petua dari seorang kenalan dan tengok dalam buku masakkan. Cuba cuba dan cuba akhirnya menjadi.



Bahan bahan
Semangkuk ikan bilis*
7-8 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula seculup rasa

Cara menyediakan
1. Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
4. Masak sehingga garing dan terasa ranggup ikan bilis.

Mudahkan?

Di kesempatan nie cik Zah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat semua pengunjung blog Dari Dapur Ezzah. 




Thursday, 6 October 2011

Sambal Telur Puyuh

Selamat petang Khamis.....dah tiga hari tak masuk entri. Masak pun yang ringkas ringaks jer sebab tu tak mau letak dalam entri ni. Kali ni cik Zah cuba masak sambal telur puyuh. Sebenarnya cik Zah tak berapa suka makan telur puyuh...bukan sebab kolesterol tinggi tapi memang sejak azali lagi dah tak berapa berkenan..
Hari ni cuba lah masak sebab mertua cik Zah suka makan telur puyuh yang di buat sambal...tiap kali keluar makan di luar dia pasti ambil beberapa biji sambal telur....kali ni cik Zah try masak pulak. Biasanya mertua cik Zah akan komplain samabl orang utara ni manis..biasalah makanan yang di jual selalu tak kena dengan selera kita...
Masak sambal ni macam masak sambal yang lain juga cuma cik Zah tambah satu sudu makan sos tomato utnuk menambah kesedapan...hehehe...ayat power tu..."KESEDAPAN".....sedap ke??...cubalah baru tau. Untuk pengetahuan cik Zah tak letak belacan tau dalam sambal ni...air asam jawa pun tak masuk sebab rasa masam sos pun dah cukup...

Selamat mencuba......: )

Tuesday, 27 September 2011

Sambal Cencaluk

Salam buat sesiapa yang baca entri cik Zah....terimakasih. Pelik tak nama menu cik Zah kali ni?....hahaha sebenarnya cik Zah nak kongsi satu menu sambal yang serupa dengan sambal belacan cuma tak letak belacan kita tukar dengan cencaluk..
Mula mula cik Zah makan sambal ni masa cik Zah balik Melaka....cik Zah pegi di satu gerai makan dekat Kuala Sg Baru...orang dekat situ panggil gerai banglow...hahaha unik nama gerai tu...tau sebab apa...sebab gerai tu dalam sebuah rumah banglow usang di tepi laut..
Ok bercerita macam mana cik Zah dapat resepi sambal ni cukup mudah sebab makcik dekat situ tak lokek ilmu..bila cik Zah kata cik Zah orang Kedah kawin dengan orang Melaka tapi tak pandai nak masak masakkan orang Melaka terus makcik tu bagi resepi sambal tu...mungkin dia tengok suami cik Zah dok pulun makan sampai berpeluh.
 
 Ini lah sambal cencaluk
 
 Nak buat cukup mudah....3 biji cili merah, 7 biji cili padi, cencaluk 2 sudu makan,garam jangan banyak sangat takut cencaluk masin...agak agak lah...sedikit gula, perasa jika nak letak dan 2 biji limau kasturi ambil airnya....mesin kesemuanya sekali..
Siap dah sambal cencaluk....sedap di makan dengan..
 
 Timun...atau pun..
 
 Kacang botol....
 
Selamat mencuba........: ) 


* sambal akan rasa lebih sedap kalau terasa air limau kasturi..



Friday, 4 March 2011

Sambal Tumis Telur Itik

Telur itik lagi....ini pun lauk permintaan...kali ni masak sambal tumis pulak...masak sambal telur itik ni senang sangat2 sebab tak perlu nak blend bawang....cuma cincang bawang putih dan bawang besar je...belacan pun tak payah masuk...cili mesin dan asam keping...kalau letak air asam jawa nanti rasa lain...

Dibawah ni aku letak gambar supaya senang nak ikut masak style aku....


~ bawang putih dan bawang merah yg di cincang tumis sampai naik bau ~


~ masukkan cili mesin masak sampai naik minyak....tambah sedikit air...lepas tu pecah telur itik  satu persatu dan letak garam, gula dan perasa...akhir sekali baru masukkan asam keping......~


~ SIAPPPPPP ~

Selamat mencuba..........: )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...