Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, 6 January 2012

Kerana Kau Daging Hitam ADABI

Salam hari Sabtu yang cerah di bumi Kuala Kedah....hari nie cik Zah nak tunjuk resepi Daging Hitam ADABI.
Resepi nie cik Zah tengok dalam rancangan TV3...tajuk cik Zah lupa tapi yang masak tu chef dari ADABI
Rasa macam sedap jer bila tengok dia dok masak tapi tangan malas nak salin...cuma main ingat ingat saja
Lepas tu dalam otak cik Zah sentiasa teringat ingat nak cuba masak lauk nie...akhirnya setelah tak ada menu permintaan dari suami dan mertua cik Zah masaklah hari nie..


Bahan bahan

Sekilo daging ~ di potong besar sedikit
10 ulas bawang merah ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ di hiris
Seinci halia ~ di hiris
2 batang serai ~ di ketuk
1 bunjut sup ADABI 
2 sudu besar rempah kari daging ADABI
2 sudu besar rempah rendang ADABI
2 sudu besar rempah kurma ADABI
2 sudu besar serbuk cili ADABI
1 sudu besar serbuk kunyit ADABI
4 sudu besar kicap masin ADABI
4 sudu besar kicap manis ADABI
4 sudu besar sos tomato ADABI
4 sudu besar sos cili ADABI
1 peket serbuk nasi goreng ayam ADABI
Garam secukup rasa

Cara masak

Tumis semua bawang, halia dan serai sampai agak garing. Lepas tu masukkan semua rempah rempah tanpa di bancuh dengan air. Masak sampai garing baru masukkan sedikit air.
Daging yang telah direbus terlebih dulu kita masukkan dalam rempah yang di dalam kuali. Tambah kicap masin, manis sos cili dan tomato. Biar sampai pekat baru masukkan serbuk nasi goreng dan garam secukup rasa. Jika nak tambah gula sedikit pun boleh.


Sedap dimakan bersama nasi minyak...

Selamat mencuba...

Thursday, 17 November 2011

Gulai Nangka Dengan Daging Tetel

Salam petang Jumaat. Tak ada mood nak masak apa apa pun hari ni. Baru jer balik bercuti tapi mood langsung tak ada. Tanggungjawab sebagai tukang masak di rumah kena juga laksanakan walau pun hati ni meronta ronta tak mau masuk dapur...bukan malas tau tapi cik Zah tengok kain baju berlambak lambak nak kena cuci lepas tu rumah pun dah berabuk selepas tiga hari tiada di rumah.
cik Zah pun tak tau kenapa sikap cik Zah sejak dulu kala lagi kalau rumah tak terurus dan kain baju dalam bakul berlambak mulalah mood hilang pada hari tersebut...hati hanya nak tumpu pada dua kerja tu saja.
Apa lah yang cik Zah dok bebel ni...ok kita cerita pasai masak pulak ya. Macam mana bosan pun hidup ni kita tetap kena makan untuk terus hidup...kalau tak makan nanti tak ada tenaga pulak...hihihi
Hari ni cik Zah masak biasa biasa jer lauk kampung...daging korban belambak dalam peti sejuk. cik Zah fikir fikir buat gulai lah boleh makan dengan roti canai segera malam nanti...tot tot mak cik zah bagi nangka muda yang dah siap di rebus...apa lagi masuk sekali lah dalam gulai tuu..
 
 
Masak gulai ni macam gulai yang biasa juga cuma kita ganti ubi kentang dengan nangka muda..
Lepas tu kalau rajin tumbuklah sambal belacan...goreng ikan masin...perghh mesti bertambah tambah nasi...
 
cik Zah bukan tak mau bagi resepi tapi mudah sangat nak masak gulai ni...
 

Thursday, 3 November 2011

Daging Goreng Kicap Sos Tiram

Salam petang Jumaat.....cuaca agak cerah hari ni di bumi Kuala Kedah ni. Semalam hampir 100 rumah habis di pukul ribut di Taman Bersatu berdekatan dengan rumah cik Zah. 
Macam ni lah risiko penduduk yang tinggal berhampiran dengan laut. Setiap kali hujan ribut macam macam bersarang di kepala...takut tsunami pun ada.
Namun cik Zah bersyukur semua terselamat walau pun banyak kerosakkan berlaku....Hariraya Aidil Adha dah semakin hampir mereka yang mendapat bencana terpaksa berraya di penempatan sementara...itulah pengorbanan yang terpaksa mereka berkorban sempena hariraya korban kali ni...

Ok la ni cik Zah tinggalkan cerita ribut semalam...
Hari ni cik Zah masak yang paling simple dan mudah....rasa tetap menyelerakan.


Inilah daging goreng kicap sos tiram....mudah jer tau. Mula mula cik Zah potong daging ikut saiz yang kita nak. Lepas tu gaulkan daging dengan kunyit, sos tiram, kicap manis sedikit, kicap masin sedikit dan sedikit lada hitam.
Gaul rata dan perap selama setengah jam...


Buat macam ni...

Lepas tuu...


Panaskan minyak...masukkan daging yang kita perap tadi. cik Zah masak guna kuali Tupperware...fryer pan..ianya mengekalkan haba dan proses masak daging pun cepat..
Lepas tu masukkan..
Masukkan cili dan bawang


Siap dah...kalau makan dengan nasi panas panas...perghh.....mertua dok sebelah pun tak pelawa makan...hahahaha....gurau jer

Salam Aidiladha buat semua...: )

Saturday, 1 October 2011

Daging Sambal

 
Salam di petang Ahad....resepi paling mudah. Bahan bahan pun semua ada dalam peti sejuk kita tau...tak caya cuba tengok bahan bahan yang cik Zah masukkan dalam sambal daging ni...bila dah baca mesti buat tau sebab sedap dimakan bersama ikan masin.

Bahan bahan
Setengah kilo daging batang pinang
Cili kering * ~ ikutlah nak pedas
5 ulas bawang merah* 
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 batang serai *
Asam keping
Sehelai daun limau purut
Garam, gula dan perasa

Cara menyediakannya
  1. Kisar bahan bertanda *
  2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar masak sampai naik minyak
  3. Masukkan daging dan masak sampai daging empuk
  4. Tambah bahan bahan perasa dan asam keping.
  5. Akhir sekali masukkan daun limau purut....aroma daun limau menambah keenakkan.

Selamat mencuba resepi cik Zah kali ni....kalau yang suka makan pedas boleh tambah cili kering...resepi ni juga sedap kalau kita makan dengan nasi minyak atau nasi lemak..

 

Saturday, 6 August 2011

Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum.......cik Zah nak bagi satu resepi mudah untuk orang orang yang sibuk tak sempat nak masak untuk berbuka atau pun untuk bersahur. Cukup mudah nak sediakan masakan ni...kalau tak cukup masa sebelum p kerja atau keluar rumah perapkan dulu daging batang pinang yang di hiris nipis dengan jintan manis yang digoreng tanpa minyak kemudian di tumbuk halus bersama lada hitam. campur dengan sedikit serbuk kunyit dan perap daging dan simpan dalam peti sejuk..
Bila dah sedia untuk memasak kita kisar halus bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Lepas tu kita panaskan kuali dn sedikit minyak...tumis bahan yg di kisar. Biar sampai sedikit garing baru masukkan daging yang kita perap tadi. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging..


Kalau daging belum lembut kita tambah air lagi...tapi daging batang pinang memang cepat lembut. Disini cik Zah guna kuali TupperChef Fryer jenama TUPPERWARE...cewahh promosi sikit..


Kuali ni cukup istimewa sebab ada kelebihan mengumpul haba yang cukup lama kerana pemukaan bawah kuali ni tebal...lebih kurang macam presure cooker juga lah...kira menjimatkan gas semasa kita memasak...kalau tutup api periuk ni akan mengekalkan haba yg lama.....keistimewaan lain kuali ni boleh memasak pizza tak sampai 8 minit di atas dapur ...
Berbalik kepada cara masak daging kunyit ni selepas daging empuk barulah kita masukkan garam, perasa, bawang yang di hiris bulat dan cili yang di hiris...

Sesiapa yang nak beli kuali TupperChef Fryer sila hubungi cik Zah ya......

Selamat mencuba.............: )



Friday, 1 July 2011

Kari Daging Tetel Utara Style

Salam petang Jumaat. Hari ni cik Zah tak berapa sihat selsema dan senak perut bulanan..rasa macam malas je nak masak tapi bila tengok muka suami rasa kesian pulak. Dia dah tak selera nak makan kedai. Tadi cik Zah tak pegi pasar cuma masak apa yang ada dalam simpanan. Daging tetel ni cik Zah rebus dulu dalam presure cooker. Untuk pengetahuan kari orang utara tak berapa pekat cuma rasa pedas sedikit.

Bahan bahan
Daging tetel yang di rebus ( ikut anggaran sendiri )
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Rempah kari  ( cik Zah guna rempah basah )
Sedikit cili kisar
3 biji ubi kentang ( potong ikut suka )
Semangkuk santan pekat
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1 asam keping
1 daun kari
Kuib ayam ( jika suka)
Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya
1 Mula2 tumbuk bahan yang bertanda *
2 Panaskan minyak masukkan daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan yang di tumbuk
3 Bila agak garing masukkan rempah dan cili mesin...biar masak rempah tu baru masukkan ubi kentang
4 Tambah air rebusan daging supaya ubi cepat empuk. Bila empuk ubi masukkan daging dan santan
5 Masukkan kuib ayam, garam dan asam keping. Biar mendidih dan nampak pecah minyak baru tutup api.




~ Ini lauk tambahan..Anak kembung goreng dengan cili padi ~

Selamat mencuba..................: )





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...