Thursday 3 March 2011

Talam Suji Cikgu Rubiah


Talam Suji Cikgu Rubiah

Aku letak nama talam suji Cikgu Rubiah sbb dia yg ajar buat kuih talam ni....dia ajar memasak dkt KEMAS...aku adalah p menuntut ilmu sikit2 dkt situ..kalau aku dengar ada resepi yg aku minat aku pegi lah.. Kalau nak cuba kuih talam suji ni resepi di bawah....

Bahan-bahannya:

Bahagian A:
4 cawan santan pekat
4 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula melaka
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 camca teh coklat emelco
1 camca teh vanilla

Bahagian B:
1 cawan tepung suji
1/2 cawan tepung kanji
3/4 cawan gula pasir
5 cawan santan
2 biji telur
1/2 camca teh garam
pewarna kuning
1 camca teh vanilla

Cara menyediakannya:
Satu kan bahagian A dan bahagian B dalam 2 mangkuk berasingan
Kacau adunan A dan B sehingga naik wap ( dlm periuk berasingan)
Sapu minyak ke dalam loyang
Wapkan periuk kukus
Tuang bahgian B dahulu...kukus sehingga masak
Selepas itu tuang pula bahagian A di atas bahagian B....kukus sehingga masak..

*talam suji ini boleh di masak berselang seli seperti kuih lapis...

~ selamat mencuba ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...