Thursday, 3 March 2011

Ikan Bilis Tempoyak Resepi Kak Mimi


~Ikan Bilis Tempoyak ~

Masak tempoyak ni kalau makan dgn nasi panas2 memang sedap...lebih2 lagi kalau rasa pedas meyenggau cili padi lagi best...resepi ni aku dapat dari kak Mimi kawan baik ku...kami dah macam adik beradik tau..dia memang pakar masak masakan minang dan Negeri Sembilan...air tangan dia memang sedap betoi...tiap kali kami sekeluarga pegi jalan2 ke Port Dikson kak Mimi mesti ajak makan di rumah dia...tak mungkin nak lepas peluang tu...pulun je...lebih2 lg suamiku memang kena dgn selera dia masakan kak Mimi...

Nak cuba masak ikan bilis tempoyak ni?...jom tengok resepi di bawah ni...

Bahan-bahannya:

Semangkuk ikan bilis 
Cili padi (ikut citarasa sendiri kalau nak pedas)
Serai sebatang ( di ketuk)
3 camca besar tempoyak
Sehelai daun kunyit (jika suka)
Garam, gula dan perasa

Cara Masak:

Mula2 goreng ikan bilis separuh masak....angkat ketepikan dulu
Tumis cili padi yg di tumbuk halus bersama serai ke dalam minyak ikan bilis tadi
Masukkan tempoyak goreng sampai rata...tambah sedikit air jika terlalu pekat...masukkan ikan bilis
Masukkan daun kunyit yg di potong halus....garam, gula, perasa.....kacau rata.......SIAPPPP..

~ Selamat mencuba ~






No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...