Tuesday, 14 June 2011

Udang Ketak

Salam petang Selasa...hari ni tak ada yang menarik sangat...cuma cik Zah nak tunjukkan gambar Udang Ketak...ini panggilan orang utara. Kalau di sebelah selatan cik Zah tak tau apa panggilannya..Mungkin ramai yang biasa tengok udang ni. Rasanya lebih kurang macam rasa udang biasa juga cuma isinya lebih lembut..Macam cik Zah suka makan kalau di goreng bersama cili dan bawang potong..tapi ada juga yang buat kuah mee. Menurut kata orang yang biasa masak kuah mee menggunakan udang ketak ni rasa kuah lebih sedap dan manis..
Sekarang ni musim udang ketak.  Dekat pasar tadi ada jual sekilo rm4 saja. Kalau musim udang ketak  bertelur mahal sikit harganya...boleh mencecah rm8 sekilo...kalau yang tak biasa tengok dan rasa udang ketak ni tengok gambar2 yang cik Zah letak disini...

~ Ini lah Udang Ketak ~
Udang ketak kulitnya keras. Bila nak masak kita kenalah rajin sikit buang kepala, tepi kiri kanan badan udang yg sedikit keras tu dan kaki2 lembut udang ni..lihat gambar di atas macam mana cik Zah buang kulit tepi udang ni...guna gunting lebih mudah..

~ Yang ni dah siap cik zah goreng garam kunyit ~

Hari ni dah goreng udang ketak cik Zah buat masak lemak tempe dgn kacang buncis. Ini lauk kegemaran suami cik Zah. Rasanya kali ni warna tak berapa menarik sebab cik Zah letak cili merah. Selalunya cik Zah letak cili padi...warna kuning kunyit terserlah..
~ Masak lemak tempe dengan kacang buncis ~
~Sambal buah kuinin penyedap rasa ~

~ Ikan selayang goreng garing memang enak dimakan panas panas ~




2 comments:

  1. Kat kg abg abu kami panggil udang lipan.

    ReplyDelete
  2. betoi2...kb pun panggil udang lipan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...