Saturday 2 July 2011

Rendang Ayam Kampung dengan Pulut Durian

Salam petang sabtu. Baru selesai bertarung di dapur tadi. Mula mula cik Zah ingat nak masak bihun goreng dengan rendang ayam kampung saja untuk makan tengahari ni tapi suami cik Zah kata dah buat rendang rebus lah sikit nasi impit segera...bila hampir siap semua cik Zah masak tot tot suami cik Zah bawa balik buah durian ingat dia nak makan mentah sekali lagi dia minta cik Zah buat kuah durian nak makan dengan pulut yang dia beli masa perlawanan takraw dekat Bukit Kayu Hitam minggu lepas. Hai tak habis lagi tugas di dapur walau pun jam dah tunjuk pukul 2.45 petang.

Ayam kampung ni cik Zah pesan dekat jiran dekat rumah cik Zah. Bapa dia menternak ayam kampung di Felda Sungai Limau Pendang. Kebetulan dia balik kampung cik Zah kirim lah dua ekor. Dulu cik Zah jarang masak ayam kampung sebab daging ayam kampung ni keras tapi selepas menjaga FIL cik Zah kena cari ayam kampung sebab FIL cik Zah tak makan ayam bandar...macam2 orang tua tua ni kan. Ikut je lah. Resepi Rendang cik zah tersangat lah mudah...cik Zah buat macam masak rendang pedas orang Perak cuma cik Zah tak masukkan kerisik dan lengkuas untuk rendang ayam. Kalau rendang daging cik Zah masukkan lengkuas lebih banyak dari halia pun tak masukkan kerisik.

Bahan bahannya
Seekor ayam kampung ~ potong 12
1/2 kilo bawang merah *
5 ulas bawang putih *
Cili kering * ( ikut nak pedas)
6 - 9 batang cili padi *
4 batang serai *
1/2 inci halia *
2 mangkuk santan pekat
Daun kunyit ~ di siat2
Daun limau purut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Sedikit serbuk peras ( jika suka)

1 Kisar atau hiris bahan bahan bertanda *
2 Masukkan ke dalam kuali biar seketika diatas api.
3 Masukkan ayam dan serbuk kunyit biar sampai air ayam keluar lepas tu masukkan santan dan sedikit air.
4 Jika masak menggunakan ayam bandar jangan tambah air sebab ayam bandar akan mengeluarkan air bila   kita letak atas api
5 Biar agak ayam empuk baru masukkan garam dan serbuk perasa.
6 Hampir kering baru masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

~ Nasi Impit yg telah siap direbus ~

~ Ini kuah durian yang cik Zah campur dengan gula melaka ~


Pulut susu yang telah siap di tanak. Untuk pengetahuan pulut susu kita tak perlu rendam sebab pulut susu cukup lembut. Kita hanya perlu masak seperti masak nasi. Setengah orang  masak dalam rice cooker tapi cik Zah masak dalam periuk biasa. Letak garam secubit untuk rasa lemak pulut dan daun pandan untuk bau yang harum..

Selamat Mencuba...............: )






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...