Tuesday, 17 July 2012

Nasi Lemak Halba Bersama Rendang Hati Ayam Dan Sambal Paru

Assalamualaikum..

Dah makan tengahari ke belum?..cik Zah hari nie masak nasi lemak halba. Semua nie gara gara dok tengok entri blogger masakkan popular Cik Mat Gebu..perghh memang sedap.


Bahan bahan nak masak nasi lemak nie macam masak nasi lemak yang lain. Masuk bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan, santan dan yang CMG tambah satu sudu teh halba dan ketuk serai sebatang.


Bila masak nasi lemak tentunya ada sambal tumis. Tapi hari nie permintaan abang KB..buat rendang hati ayam dan sambal paru. 


Rendang hati ayam nie cik Zah tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang cik Zah kisar kasar. Lepas tu cik Zah tambah separuh peket rempah rendang Babas dan satu sudu makan cili kisar. Masak sampai naik minyak dan garing baru cik Zah masukkan hati ayam. Agak masak sedikit baru cik Zah masukkan santan. Akhir sekali cik Zah hiris daun kunyit gaul sebati.


Sambal paru nie cik Zah kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili merah. Semua bahan tu cik Zah tumis sampai wangi dan garing. Sebelum tu cik Zah rebus dan hiris nipis dulu paru lepas tu yang di gaul dengan garam kunyit dan goreng. Bila bahan tumis dah wangi baru masukkan paru dan sedikit air, garam, gula dan asam keping. 


Sudah semestinya bila makan nasi lemak kena ada kacang goreng, ikan bilis, telur rebus atau telur goreng dan timun.

Kalau rasa nak cuba nasi lemak halba CMG nie tak rugi tau sebab sedap. Rendang dan sambal tu resepi cik Zah bukan resepi CMG...sedap juga tau..hihihihi

 
 

Sagu Pandan Gula Melaka

Assalamualaikum..

Sat lagi dah nak buka puasa..kesempatan yang ada cik Zah masukkan satu lagi menu yang cik Zah masak tadi untuk berbuka dengan abang KB..


Ini pun percubaan pertama cik Zah selepas cik Zah teringin sangat nak makan. Bila puasa macam macam pulak teringin dah macam budak budak..


Mula sekali cik Zah masak sagu yang siap ada perasa pandan. Sagu nie ada jual dekat pasaraya. cik Zah masak secawan sagu dengan secawan tiga suku air.

Lepas tu cik Zah tuang dalam bekas bekas kecil tu untuk memudahkan cik Zah simpan dalam peti sejuk sebab sagu gula melaka nie sedap kalau kita makan sejuk..

Okey lepas tu cik Zah masukkan air gula melaka mengikut kesukaan kita lah nak manis letak banyak. cik Zah letak sedang sedang saja...manis sangat tak boleh nanti kena sakit kencing manis..

 
Lepas tu cik Zah campur satu sudu makan tepung beras, satu sudu teh tepung jagung, semangkuk santan, separuh mangkuk air...kacau sampai tepung sebati dengan santan lepas tu baru letak atas api yang perlahan sambil kacau hingga pekat..

Dah tu masukkan dalam bekas sagu dan air gula melaka tadi menjadi lapisan atas.

cik Zah nak bagi tau kalau tak mau air gula melaka timbul macam gambar di atas kita kena masak air gula tu pekat sikit...tengok cik Zah masak air gula tak cukup pekat sebab tu air gula tu naik atas.

  
 Adunan yang cik Zah beri di atas boleh dapat 16 bekas sagu. Kalau nak buat untuk keluarga yang kecil bolehlah ikut adunan yang cik Zah beri..

Selamat mencuba..

dan..

Selamat berbuka pada yang berpuasa..



Sunday, 15 July 2012

Baldu Merah Ku Pahit

Assalamualaikum...


Aduii...apa yang tak kena pun tak tau lah. cik Zah ikut semua adunan kek nie mengikut sukatan yang di beri tapi terasa manis dan ada rasa pahit..

cik Zah rasa mungkin pewarna yang cik Zah guna dalam adunan kek nie tak bagus. cik Zah tak pernah buat kek red velvet nie tapi tekak nie teringin nak rasa sebab popular sangat...harga pun mahal. Pernah cik Zah tengok dalam entri blogger yang jual kek harga sebiji kek nie mencecah rm70...mahal tentu sedapkan..

Petang nie cik zah cubalah...tapi tak menjadi sebab pahit..InsyaAllah jika di izinkan cik Zah nak cuba lagi sampai menjadi..tak pasti sama ada pes warna merah tu atau butter milk yang tak elok..


Kek dah naik elok kembang macam cik Zah tapi rasa pahit tu menandakan kek nie ada yang tak kena..

Tak apa lah lain kali cik Zah cuba lagi...

 

Friday, 13 July 2012

Kek Pisang Tanpa Mentega dan Telur

Assalamualaikum...

Dah siap untuk minum petang. Kebetulan ada beberapa biji pisang berangan yang dah masak ranum tapi tak ada yang sudi menjamah...agaknya terlalu banyak buah buahan di rumah nie...betik ada..rambutan ada..epal pun ada.
Dari terus busuk dan masuk tong sampah cik Zah try buat kek pisang yang tak perlu mentega dan telur. Mudah sangat cara membuatnya. 


Bahan bahan
3 cawan pisang yang di lenyek
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
3/4 cawan minyak (cik Zah pakai minyak jagung)
secubit garam

Cara menyediakannya
1. Dalam satu bekas masukkan gula dan pisang. Kacau rata.
2. Ayak tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat.
3. Campur kesemua tepung kedalam bekas pisang dan gula.
4. Kacau sebati bersama secubit garam.
5. Masukkan minyak dan kacau perlahan lahan sehingga sebati semua adunan tadi.
6. Bakar dengan suhu 170*c selama 15 minit jika menggunakan paper cup. Dan 30 minit jika acuan besar.


Tabur coklat cip di atas sebagai hiasan


Siap di bakar


Kek pisang nie cik Zah dapat resepi dari seorang makcik yang tak lokek berkongsi resepi walaupun dia menjual kek nie setiap pagi...terimakasih makcik Yam.


Pesanan...
Jika guna pisang yang manis kurangkan sikit gula..nanti kek pisang jadi terlalu manis..

Thursday, 12 July 2012

Masak Lemak Putih Pegaga Dan Sambal Udang Tempoyak

Assalamualaikum..



Dah lewat cik Zah baru nak up date entri hari nie. Orang sakit buat kerja lembab sikit lah...kita mana ada pembantu rumah boleh tolong cuci cuci lepas masak.
Okey hari nie cik Zah masak sesuatu yang tak pernah cik Zah masak. Kiranya nie resepi percubaan selepas tergoda tengok blogger masakkan popular satu Malaya..Cik Mat Gebu..CMG masak sambal udang dengan tempoyak...terliur bila tengok gambar..lepas tu Kak Ida blogger 1001 resepi pun try masak apa yang CMG masak..tentu sedap sambal udang tempoyak tu kan..


Tapi sambal udang tempoyak cik Zah nie nampak suram sikit...sebenarnya cik Zah tak berani nak letak banyak tempoyak dalam sambal tu sebab FIL cik Zah tak suka tempoyak..jadi cik Zah letak satu sudu setengah saja..bagi ada rasa sikit sikit...
Lepas tu cik Zah masak lemak putih pegaga...nie pun cik Zah baca dalam blog CMG...simple tapi sedap.


Masak lemak pegaga nie cik Zah campur dengan ubi keledek.

cik Zah rasa tak payah bagi resepi kot sebab semuanya mudah dan kacang jer nak masak apa yang cik Zah paparkan dalam entri kali nie. cik Zah masukkan gambar saja untuk tatapan pembaca..mana tau ada yang tergoda macam cik Zah...tengok gambar terus terliur..

Okey nanti cik Zah up date lagi entri nie dengan resepi..la nie dok sakit masak pun yang simple saja..

Jumpa lagi..


Warna Warni Makanan

Assalamualaikum..

Hampir empat hari cik Zah tak jengah entri..kekejangan kembali berperang di kaki kiri cik Zah. Hari nie rasa okey sikit. Walau bagaimanapun dapur tetap berasap cuma yang terhidang hanya yang ringkas saja.

Hari pertama


Mee goreng untuk makan malam. Siang hari cik Zah dengan Kamalia hanya panaskan kari tulang rusuk semalam makan dengan roti bakar. Abang KB dan FIL makan di luar. Tak tahan menanggung kesakitan pada hari pertama.

Hari Kedua


Abang KB beli durian...yummy tapi cik Zah tak berani makan banyak takut panas badan..cik Zah dok minum air halia sepanjang kejang kaki... dah macam orang berpantang siap berstokin sepanjang hari.
Tengahari tu cik Zah dan Kamalia makan nasi dengan telur mata kerbau letak kicap..potong bawang dan cili padi..perghh berselera sangat..seperti biasa abang KB dan FIL makan di luar.

Malamnya..


Adik ipar cik Zah...Shahrul Samsudin bagi pai epal yang dia buat..haa adik ipar cik Zah nie terror masak tapi dia diam tak mau tunjuk bakat terpendam tu..terimakasih adik ipar..kalau ada hantar lagi. Oopss nak komen sikit pai epal nie..hehehe serius sedap macam yang dekat Mc D.

Hari ketiga


Apo bendo nie wey..haa nie kuih seri muka pulut hitam percubaan pertama cik Zah. Semua nie gara gara dok baring baring sambil buka buku resepi..sesungguhnya cik Zah belum pernah cuba buat serimuka..
Tak menjadi sebab pulut hitam tu kena rendam semalaman tapi cik Zah rendam pagi tadi masa Kamalia nak pergi sekolah..lebih kurang 5 jam rendam dah masak. Rupanya kalau nak buat serimuka pulut hitam kita kena beli pulut hitam yang warnanya bercampur putih sedikit..
Tapi abang KB kata rasa sedap cuma pulut tu tak berapa kembang. Kalau buat pulut susu mesti sedap sangat..hehehe ayat nak ambil hati..


Macam mana pun dah tinggal separuh pelengat kami makan...bila cik Zah buat seri muka nie menjadi baru cik Zah masukkan resepi ya.. cik zah rasa kesilapan pada diri cik Zah sendiri sebab tak rendam pulut mengikut arahan..
Ini saja kot cerita cik Zah..

Jumpa lagi dengan resepi..
Doakan cik Zah sihat seperti biasa..


Sunday, 8 July 2012

Rendang Utara

Assalamualaikum...

Hari nie cuaca di Kuala Kedah mendung selepas hujan turun lebat bersama angin yang kuat di tengah malam tadi. Nak sidai baju pun seram takut tak sempat nak angkat. Bila cuaca macam nie semuanya malas..nak masak pun malas tapi tanggungjawab tetap dilaksanakan walau kaki cik Zah belum pulih sepenuhnya untuk berdiri lama..terimakasih kepada abang KB sebab banyak membantu cik Zah di dapur.

Tengahari nie cik Zah masak sejenis saja lauk untuk hidangan tengahari...rendang utara.
Dari mana cik Zah dapat nama nie jangan tanya sebab kebanyakkan kedai makan di sekitar utara nie masak rendang lebih kurang macam rendang yang cik Zah masak nie...biasa lah orang utara terkenal dengan rendang yang di campur sedikit rempah. Tapi rasa rendang tetap ada.

Nak resepi??

Bahan bahan
1 ekor ayam ~ potong 12
1/2 kilo bawang merah *
1 inci halia *
3 batang serai *
2-3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah rendang Adabi
1 sudu besar rempah kurma Adabi
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
1. Kisar kasar bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak tumis bahan kisar bersama rempah, cili mesin dan kunyit.
3. Masak sehingga naik bau 
4. Masukkan ayam dan sedikit santan. Biarkan air ayam keluar dan sedikit kering baru tambah kesemua santan.
5.Bila mendidih dan agak kering baru masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka.
6. Bila agak kering baru masukkan daun limau purut, daun kunyit dan asam keping.
7. Kacau rata dan boleh tutup api..



Selamat mencuba...



 


Bila Orang Melaka Dah Suka Makan Gulai Orang Kedah

Assalamualaikum...

Kali nie cik Zah masak gulai ala orang utara atas permintaan suami. Kiranya sejak dua menjak nie cik Zah tak perlu nak fikir apa nak di masak sebab suami cik Zah awal awal lagi dah tolong bagi tau nak makan apa untuk menu tengahari..

Dulu masa mula mula kawin suami cik Zah kurang sangat nak makan gulai tapi bila cik Zah selalu dok masak dia pun mula suka gulai..alhamdulillah

Nak resepi ke?

Rasanya gulai orang Kedah nie sama jer dengan orang lain lain negeri kot cuma di utara gulai mesti nak pedas dan rasa masam sikit..

Bahan bahan
4-5 ketul ikan (cik Zah guna ikan jenahak)
1 peket rempah kari
1 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 tagkai daun kari*
Semangkuk kecil air asam jawa (pekat sedikit)
1 sudu kecil halba campur
Semangkuk santan sederhana pekat
Bendi atau terung

Cara menyediakannya
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Panaskan minyak lepas tu tumis bahan tumbuk dan halba campur. Biar agak garing baru masukkan rempah dan cili mesin. Biar garing dan tambah sedikit air asam jawa.
3. Masukkan santan biar mendidih sedikit baru masukkan ikan. Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Bila ikan nampak masak baru masukkan bendi dan tomato buah.




Selamat mencuba gulai orang Kedah

 

 

Wednesday, 4 July 2012

Hujan Dan Asam Pedas

Assalamualaikum..

Cuaca di bumi Alor Setar nie basah dek kerana hujan yang turun sepanjang hari sejak semalam. Tak adalah rasa bahang panas macam biasa. Cuma cik Zah harap tak melarat sampai banjir pulak...kesian penduduk di kawasan rendah dan yang dekat dengan sungai dan tali air.

Bila hujan perut nie memanjang memikirkan makan. Macam suami cik Zah lah pagi pagi dah sebut nak makan asam pedas Melaka tapi nak yang pedas dan masam sikit..tak perlu fikir apa nak di masak sebab dah ada orang tolong fikirkan...lega.

 Asam Pedas Melaka

Dah banyak kali cik Zah masak asam pedas masuk dalam entri nie...nak bagi resepi pun malu. Tapi nak bagi juga lah.

Bahan bahan
3 ketul ikan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Sedikit belacan*
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil lada hitam*
Semangkuk air asam jawa
2 sudu besar cili giling
1 batang serai  ~ di ketuk
7 batang bendi
Garam dan gula

Cara menyediakannya
1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *...cik Zah tumbuk
2 . Tumis bahan tumbuk bersama serai dan halba hingga naik bau
3. Masukkan cili giling kacau sampai masak dan naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
5. Setelah mendidih masukkan ikan dan sayur kesukaan. Sama ada bendi, terung atau pun tomato buah. 

Lagi satu menu tengahari nie untuk Kamalia


cik Zah guna tepung serba guna..


Tepung nie cik Zah beli dekat Prima Sri Gombak..berbaloi kita beli tepung nie tau boleh masak pelbagai jenis makanan laut, ayam dan sayur sayuran..

Selamat mencuba..

 

Tuesday, 3 July 2012

Saya Dah Dapat Apa Yang Saya Inginkan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah pun masuk bulan Julai dan tak berapa hari lagi kita semua dah nak berpuasa.

Bercakap tentang puasa cik Zah ada terbaca di FB tentang buku 300 resepi ramadan. Tak sabar nak beli mana tau kot kot ada resepi yang boleh di kongsikan di sini.



Awalnya nak beli yang resepi ramadan dan syawal jer tapi setelah di fikir fikir resepi kek dan biskut raya nie pun menarik...terus ambil..

Dan kebetulan juga cik Zah ke KL menghadiri majlis persandingan adik bongsu di Dewan Serbaguna Datuk Keramat..macam macam peluang cik Zah ambil di kesempatan yang ada..


Dan cik Zah sempat jumpa anak anak saudara suami cik Zah yang kebetulan nak jumpa atuk Bakar mereka yang tinggal bersama cik Zah di Kuala Kedah..


Kami sempat makan ringan ringan..


Haa...ini cik Zah minta tolong anak saudara belikan. Di Alor Setar tak pernah jumpa...boleh nak buat jem tart..


Nanti ada masa cik Zah masak ya..


Wednesday, 27 June 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum...

Dah lewat baru boleh up date entri. cik Zah tak berapa sihat hari nie...jatuh tangga masjid tiga minggu lepas la ni baru terasa peritnya..sakit satu badan dan kekejangan kaki akibat slip disk terasa balik selepas sebulan cik Zah bahagia hidup tanpa rasa sakit. 

Lupakan dulu kisah sakit...nanti kita p urut ya kaki...

Hari nie cik Zah buat kek coklat kukus. Resepi nie cik Zah dapat dari kawan baik cik Zah juga. Dia pun tak lokek share resepi dengan cik Zah.

Mudah sangat buat kek coklat kukus nie..hari nie merupakan hari pertama cik Zah cuba resepi nie..Alhamdulillah menjadi..

Nak resepi??

Bahan A
1 buku buttercup
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan koko serbuk

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baiking powder
1/2 sudu teh soda bikabonet
3 biji telur gred A
1 sudu teh vanilla

Cara menyediakan
1. Panaskan bahan A sampai mendidih sekali dan biarkan sejuk.

 2. Panaskan periuk penggukus. ( kalau guna loyang sapu sedikit minyak di loyang)

3. Bila adunan sejuk baru gaul sebati dengan bahan B (cik Zah guna pengisar kek)

4. Adunan sebati bolehlah masukkan dalam acuan atau loyang.

5. Kukus selama 1 jam jika menggunakkan loyang. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya air tak masuk dalam adunan kek semasa proses memasak.

6. jika menggunakan cup kek kukus selama 15 minit.



Kek yang telah siap untuk di makan...lembut dan gebu

Selamat mencuba



Monday, 25 June 2012

Aiman Yusuf, Jus Minda dan Masak Lemak Tempe

Assalamualaikum...

Hari yang mengejutkan untuk cik Zah hari ni bila dapat berita anak kawan baik cik Zah.. Aiman Yusuf Abu Yazid kemalangan semasa balik dari sekolah.
Sekarang Aiman berada di ICU Hospital Sungai Buluh selepas doktor melakukan pembedahan di kepala dan sekarang saluran darah di permukaan otak Aiman membengkak. Perkhabaran terbaru cik Zah dengar Aiman belum sedar lagi..
Harap tiada sebarang komplikasi lain yang memerlukan apa apa pembedahan..doakan Aiman ya. Aiman Yusuf nie anak Kak Chik Blogger Jari Jari Halus ku.. 

Okey Kali nie cik Zah nak tunjuk satu resepi berkhasiat untuk kaum ibu beri kepada anak anak.

Jus Minda..

 
Resepi jus minda nie cik Zah tengok satu rancangan tv masa tu Chef Datuk Ismail ke rumah Datuk Fazley..nama rancangan tu cik Zah lupa sejak dok makan ubat saraf..ingatan lambat sikit.
 Datuk Fazley kata ibu beliau dok bagi semua adik beradik dia minum untuk kecergasan minda dan menjadi amalan mereka sekeluarga..

Bahan bahan pun terdiri dari buah kurma, kismis, 2 sudu besar serbuk badam, 2 sudu besar madu dan yougart..



Blend dengan ais sampai buah buahan tu hancur..



Rasanya memang sedap...macam rasa vitegen pun ada.

Dan lagi satu seperti biasa cik Zah masak lauk permintaan suami seorang pengemar setia tempe...apa lagi kalau bukan masak lemak cili padi tempe dengan kacang buncis dan tauhu...



Last sekali cik Zah mohon kepada sesiapa yang membaca entri cik Zah nie tolong doakan Aiman Yusuf ya..

Terimakasih...

 

Sunday, 24 June 2012

Tart Nenas Resepi Cik Lizz

Assalamualaikum...

Seperti yang telah dijanjikan petang nie cik Zah nak buat tart nenas. Dik kerana kesihatan tak mengizinkan cik Zah minta bantuan ibunda tercinta dalam bab guntuing mengunting...maklumlah dia lebih kretif berbanding dengan jari jemari cik Zah yang ganas nie.

Resepi tart nie cik Zah peroleh dari anak saudara cik Zah yang kretif juga dalam bab masak memasak. Kalau dia buat kek memang perghh....sedap. Bukan setakat kek, puding dan kuih muih tapi masakkan biasa pun di terror. Kira jaguh di dapur lah sampai hubby dia pun dah bam bam sekarang.. untung suami Cik Lizz nie..


Ini jem yang telah siap di bulat bulatkan untuk mempermudahkan proses masukkan inti..

Nak resepi??

Bahan bahan
1/2 buttercup
30gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm tepung kastad
sedikit garam halus
sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan
1. Kacau buttercup dan gula ising hingga sebati.. guna sudip kayu.

2. Masukkan kuning telur dan vanila.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastad.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul doh agak agak mudah untuk kita bulatkan.

5. Bentukkan bulat dan isi inti jem nenas dan gunting di atas permukaan. 

6. Selepas itu panaskan oven 150c. Sementara oven panas sapukan kuning telur yang telah di campur dengan pewarna kuning di permukaan tart.

7. Bakar selama 10 -15 minit.


Siap untuk di bakar


Anggaran satu adunan boleh dapat 30 - 35 biji.


Selamat mencuba...

 

Saturday, 23 June 2012

Asam Pedas Ikan Kembung dan Tart Nenas

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu..tapi di utara hari nie bukan hari minggu. Hari nie hari bekerja dan anak anak semua ke sekolah.

Hari ni seperti biasa cik Zah masak yang mudah mudah untuk santapan keluarga. Semestinya lauk kegemaran suami...asam pedas. Silap haribulan boleh makan dua tiga pinggan..biar pun bukan orang Melaka yang masak tau.

Dan..

Perancangan untuk hari nie cik Zah nak buat tart nenas. Dah siap gentil jem nenas untuk persediaan awal. Tengoklah kalau terover rajin cik Zah buat petang nie.
Kalau ada kelapangan bolehlah up date dalam entri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...