Monday 5 September 2011

Donut Bonda

Salam petang Isnin.....dah nak magrib pun...ini menu minum petang cik Zah dan family...resepi donut ni cik Zah dapat dari bonda cik Zah. Memang cukup popular di kalangan family dan jiran jiran donut bonda ni..lembut dan sedap walau pun dah sejuk..
Nak buat pun cukup mudah...bonda cik Zah letak bahan bahan yang mudah untuk kita cari...rasanya kalau pejam mata pun boleh buat...ehh pejam mata?

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh yis basah ~ bancuh dengan air suam kuku....jgn panas tau nanti tak jadi
Secubit garam

Cara menyediakanya:
  1. Tepung gandum dan majerin gaul jadikan serbuk roti
  2. Masukkan susu tepung, garam telur dan air campur yis tadi
  3. Gaul rata kemudian ketepikan selama setengah jam
 Buat bulat bulat macam ni setelah adunan naik dan kembang...biar selama beberapa minit kemudian barulah kita goreng...

Goreng dengan minyak yang banyak

     Selain daripada donut cik Zah tambah satu lagi menu yang cukup istimewa...hahaha sedap tau...

    Cucur Cempedak

    Sementara dok menaip ni cik Zah tengah masak rendang untuk anak bujang... Fazuan...kesian kena kerja di hari raya...kebetulan esok Fazri dah nak balik KL setelah hampir sebulan berada disini. Cik Zah nak bekalkan rendang dan nasi impit untuk Fazri dan Fazuan...esok cik Zah tunjuk pulak rendang minang tu..malam ni rasa letih...tak bermaya..

    Selamat mencuba....................; )



    2 comments:

    1. salam ezzah,
      sedap nampak donut ezzah tu...my peberet tu...gebus dan yummy...:)

      kkida @ 1001resepi

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...