Tuesday, 1 March 2011

Acar Ikan Tenggiri


Haaaa....petang tadi tiba2 datang semangat rajin nak masak...kebetulan aku ada beli ikan tenggiri saiz kecil beberapa ekor...ingat tadi nak buat serunding ikan utk makan dgn pulut pagi jumaat ni tapi fikir balik dah lama tak makan acar ikan....Resepi ni aku dapat masa umur aku belasan tahun lagi....masa tu opah aku nak buat kenduri arwah...salah satu menu acar ikan ni lah.....opah aku memang pakar masak acar ikan ni....air tangan org lama....Masakan ni sedap di makan selepas disimpan semalaman.....barulah semua bahan meresap dalam isi ikan..

Bahan-bahannya:

8 ketul ikan tenggiri - digoreng
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Bahan A :

15 ulas bawang merah -direndam cuka dan kunyit
10 ulas bawang putih -direndam cuka dan kunyit
1 inci halia di mayang halus - direndam cuka dan kunyit
2 sudu besar biji sawi -direndam cuka dan kunyit
3 biji cili hijau dan merah -direndam cuka dan kunyit

Bahan B: (ditumbuk)

2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Caranya:

Toskan bahan yg direndam dgn cuka dan kunyit simpan lebihan cuka dlm mangkuk lain.
Goreng bahan A sampai separuh masak
Angkat dan ketepikan...tumiskan bahan B bersama kulit kayu manis dan bunga lawang
Bila dah garing masukkan cuka dan kunyit tadi bersama ikan goreng, bawang, cili dan halia
Masukkan garam, gula dan perasa.....SIAPPPPP...simpan semalaman untuk rasa lebih enak

Selamat mencuba........: )







1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...