Monday 25 June 2012

Aiman Yusuf, Jus Minda dan Masak Lemak Tempe

Assalamualaikum...

Hari yang mengejutkan untuk cik Zah hari ni bila dapat berita anak kawan baik cik Zah.. Aiman Yusuf Abu Yazid kemalangan semasa balik dari sekolah.
Sekarang Aiman berada di ICU Hospital Sungai Buluh selepas doktor melakukan pembedahan di kepala dan sekarang saluran darah di permukaan otak Aiman membengkak. Perkhabaran terbaru cik Zah dengar Aiman belum sedar lagi..
Harap tiada sebarang komplikasi lain yang memerlukan apa apa pembedahan..doakan Aiman ya. Aiman Yusuf nie anak Kak Chik Blogger Jari Jari Halus ku.. 

Okey Kali nie cik Zah nak tunjuk satu resepi berkhasiat untuk kaum ibu beri kepada anak anak.

Jus Minda..

 
Resepi jus minda nie cik Zah tengok satu rancangan tv masa tu Chef Datuk Ismail ke rumah Datuk Fazley..nama rancangan tu cik Zah lupa sejak dok makan ubat saraf..ingatan lambat sikit.
 Datuk Fazley kata ibu beliau dok bagi semua adik beradik dia minum untuk kecergasan minda dan menjadi amalan mereka sekeluarga..

Bahan bahan pun terdiri dari buah kurma, kismis, 2 sudu besar serbuk badam, 2 sudu besar madu dan yougart..



Blend dengan ais sampai buah buahan tu hancur..



Rasanya memang sedap...macam rasa vitegen pun ada.

Dan lagi satu seperti biasa cik Zah masak lauk permintaan suami seorang pengemar setia tempe...apa lagi kalau bukan masak lemak cili padi tempe dengan kacang buncis dan tauhu...



Last sekali cik Zah mohon kepada sesiapa yang membaca entri cik Zah nie tolong doakan Aiman Yusuf ya..

Terimakasih...

 

3 comments:

  1. Rancangan tu ialah rancangan "Siapa di Rumah?".. Astro Ria, setiap hari Ahad, 7.30 malam. Saya suka rancangan ni dan tonton episod bersama Dato' Fazley tu.

    ReplyDelete
  2. thanks zah for posting this. Alhamdulillah. Aiman dah semakin pulih, berkat doa kawan2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...