Wednesday 3 August 2011

Pesta Durian di R&R Sg Buluh

Selamat malam semua...cik Zah malam ni rasa macam susah nak tidur mungkin terlalu kenyang masa berbuka tadi...tapi cik Zah tak makan banyak mana pun cuma sesenduk nasi herba poni taj mahal dgn sedikit sambal telur itik...dah padat rasa perut ni...
Kali ni cik zah nak bercerita tentang pesta durian yang sempat cik zah dan family sempat singgah semasa dalam perjalanan pulang ke Alor Setar 29hb Julai lepas...suami cik zah cukup suka dengan buah durian...tapi yang peliknya dia kurang makan durian dia hanya rasa seulas dua saja...
Masa di hiway kami terbaca ada pesta durian di R&R Sg Buluh....kami pun ambil kesempatan singgah sebentar...nama pun pesta tentulah ramai yg berkunjung. seorang di kenakan bayaran rm8. Anak dan mertua cik zah tak di kenakan bayaran...agaknya penganjur ingat kanak kanak dan warga emas tak makan banyak kot.....padahal mertua cik Zah walaupun dah berusia 85 tahun selera cukup menakjubkan...

~ Bayar rm8 dapat satu talam ~
~ Tu dia pakat pulun buah durian ~

~ Ikut petua org tua minum air dalam pangsa durian boleh sejukkan badan ~

~ Ini sikit saja...ada 15 tan lagi untuk pengunjung hari tu ~

~ Kamalia sedang beraksi ~

Macam mana sekali pun kita suka makan buah durian kita kena beringat buah durian ni cukup panas dan tak sesuai kepada orang yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi...silap hari bulan boleh dapat strok tau....lepas makan minum air dari pangsa durian bagi mengelakan badan panas atau pun minum air cap badak..betoi tau petua ni..



2 comments:

  1. aku suka tapi dok had kan takut lah sbb bila aku makan aku rasa tak selesa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...