Tuesday, 2 August 2011

Acar Buah Mak Lela

Selamat pagi semua....sebenarnya cik Zah ada buat acar buah sebelum bulan puasa lagi untuk di bahagi2 kepada adik2 cik Zah...acar buah ni kan pembuka selera kalau bangun sahur rasa tak berselera makan kita makan nasi dengan acar dan ikan goreng pun sedap...
Cik Zah memang tak pernah buat pun acar buah tapi dah lama teringin nak cuba...alhamdulilllah resepi yang adik cik Zah perolehi dari ibu mertua dia ni menjadi dan mendapat pujian dari adik2 cik Zah dan ibu cik Zah...yang paling best cik Zah tak p tengok pun cara nak masak cuma melalui sms saja...

~ Ini acar buah yg dah di masak ~

Bahan A
Cili kering segenggam
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji sawi
2 sudu besar bijan

Bahan B
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan kering
Bawang merah ~ di jemur sampai kering air
Bawang putih ~ di jemur sampai kering air
Kurma, kismis, tomato ceri kering, buah jiwi kering dll ikut kesukaan sendiri
2 sudu besar bijan ~ di goreng tanpa minyak
2 sudu besar biji sawi ~ di goreng tanpa minyak
Cuka separuh botol kecil

Cara memasak
1. Kesemua bahan A di goreng tanpa minyak kemudian di kisar halus dengan air yg sedikit
2. Bahan B di kisar kemudian ditumis dengan 1 cawan minyak
3. Masukkan bahan A masak sampai warna bertukar seperti buah manggis yang masak
4. Masukkan cuka separuh botol, garam, gula dan serbuk perasa dan kacau
5. Masukkan buah kurma.....masak sampai separuh lembik
6. Masukkan semua bahan2 kering


~ cili kering yg telah di goreng tanpa minyak ~

~ Bawang yg telah dijemur utk keringkan airnya ~
~ Buah kering ~

Sebenarnya resepi ni orang tua tua lama yg suka buat tapi kita sebagai generasi muda patut mencuba dan jadikan resepi lama sebagai harta yang paling berharga untuk kita. Esok esok anak cucu kita tak tau dah apa tu Acar Buah...betoi dak? Jadi cubalah resepi ni kalau ada masa kelapangan...




Selamat mencuba............: )







No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...