Monday 1 August 2011

Kisah seorang isteri, ibu dan bisnes

Assalamualaikum...........Salam Ramadhan buat semua...dah masuk hari kedua kita menunaikan ibadat puasa. Cik zah macam biasa setiap tahun di bulan ramadhan minggu pertama mesti sakit kepala bila berbuka...rasa pening semacam....kena rehat seketika baru mulakan kembali tugasan di dapur...agaknya angin dalam badan dah tolak ke kepala...lupakan kisah sakit kepala kita cerita tentang perjalanan cik Zah sebelum bulan ramadhan...kan cik Zah dah lama menyepi....sebenarnya cik Zah rindu nak cerita cerita dlm entri ni tapi kesibukkan tugas sebagai isteri, ibu dan berniaga cik Zah ketepikan dulu entri ni...hari ni tak cerita tentang masak tau tapi cerita lain...
26hb julai cik Zah dan keluarga rasa gembira sangat sebab anak ketiga cik Zah dah berjaya tamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka...kami sekeluarga p Melaka masa hari konvokesyen Fadzuan...

~ Ini lah Mohd Fadzuan anak ketiga cik Zah... ~

Lepas anak dapat diploma mama dia pulak kalut balik Alor Setar sebab pada 30hb cik Zah pulak nak terima anugerah new director TUPPERWARE....hihihihi.....kalut macam perdana menteri kan...

~ Boss besar TUPPERWARE yg sampaikan hadiah ~

~ Pin New Director ~

~Rakan2 kongsi yang banyak memberi kerjasama...TQ semua..~

Bukan mudah cik Zah nak memulakan perniagaan ni....tak ada sokongan dari suami tercinta pada mulanya...dia lebih suka cik Zah duduk rumah uruskan rumahtangga...tapi semangat nak berniaga tu sentiasa ada...cik Zah buat juga perlahan2...akhirnya sekarang suami bagi sokongan penuh...terimakasih sayang..
Ok lah nanti kita cerita cerita lagi....cik Zah dah nak kejutkan anak dara bangun pergi sekolah...sian tadi dah bangun sahur ni nak p sekolah pulak...

Selamat berpuasa.................: )





2 comments:

  1. Tahniah cik zah!

    Nak buat apa pun, memang perlu ada kesungguhan,baru nampak hasilnya...kan cik zah?:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tq cik tiniey...apa benda pun yg kita buat mesti ada kesungguhan...insyaAllah ada ganjarannya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...