Salam hari Isnin....hari ni cik Zah masak nasi ayam Ipoh resepi Azlita Aziz. Dah pernah masuk dalam entri ni. memang sedap sebab tu dapat permintaan sekali lagi untuk menu tu..
cik Zah tak mau tunjuk resepi nasi ayam Ipoh tapi nak tunaikan janji bagi resepi ayam sambal kerisik yang cik Zah masak masa raya haji yang lepas..kan cik Zah demam resepi dah tak larat nak taip...hahaha
Bahan bahan
Ayam potong 12
Cili kering ~ kisar
Bawang putih ~di hiris
Bawang merah ~di hiris
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Halia ~di hiris
Buah pelaga
Kerisik
Serai ~ di hiris
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa.
Sebelum nak masak ayam ni kita kena perap dulu ayam semalaman atau pun 5 jam bagi semua bahan bahan terasa dalam isi ayam..
Campur bahan bahan hiris bersama cili kisar dan kicap. Masukkan ayam gaul rata. Perap dan simpan dalam peti sejuk.
Bila nak masak kita tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga kemudian masukkan ayam yang kita perap tadi. Setelah beberapa minit baru masukkan kerisik, garam dan gula. Tunggu sampai agak kering...
Siappp....: )
selamat mencuba.
saya ni duda dah lama dah..nak kahwin belum ada rezeki lagi..punya 2xorang anak lelaki masih bujang..baru x ni anak dapat lauk darpada rakanya dari majis kahwin..saya amati masakanya saperti ayam kerisik kering..sedap sangat..!!teringin nak buat sendiri..terimakasih banyakx kiriman menu drp pn azzah aziz
ReplyDelete