Thursday, 13 October 2011

Ubi Kayu Lagi


Haa...dah janji tadi nak keluarkan menu petang ni. Agaknya bulan Oktober ni musim ubi kayu kot. Hahaha cik Zah pun tak pasti sebab entah kenapa tetiba saja teringin nak makan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis. 
Bila buat ni teringat masa zaman zaman solo cik Zah dok p minum petang dengan geng geng solo dekat Ampang  nama restoran tu kalau tak silap Nailis...entah betoi tak ejaan tu.
Kalau nak makan ubi rebus cicah bilis ni dekat situ rm5.00 satu pinggan kalau tak silap cik Zah...tu belum oder air lagi. Tu lah Kuala Lumpur segalanya mahal..
 Sambal tumis ikan bilis tu cik Zah tak masukkan belacan dan asam tau. cik Zah letak kuib ikan bilis dan ikan bilis tu cik Zah masak separuh masak jer.


Esok boleh buat nasi lemak atau bihun goreng makan dengan sambal bilis.

Selamat minum petang...................; )

2 comments:

  1. salam cik zah..selamat berkenalan. Nasya dah letak link cik zah kat dapur nasya..nanti senang2 singgah la ya....

    ReplyDelete
  2. Ahad ni nak suruh Abg Abu bwk balik ubi kayu dari kebun. Mcm2 idea ada kat kepala ni.

    Waaaa .. ben dah follo hang. Baguih. Hihi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...