Selamat tengahari....hari ni cik zah cuba masak lauk permintaan suami tercinta...sambal tempe campur kentang dan ikan bilis...sebenarnya mengikut resipi aslinya kena letak kacang tanah tapi cik zah tengok kacang tanah tak ada dalam stok...hehehe...tak apa lah janji tunaikan permintaan suami tercinta...
Dekat bawah ni seperti biasalah cik zah letakkan gambar bagi memudahkan kalian nak tengok cara mudah nak masak resipi mudah ni....
~ Mula mula goreng kentang, tempe dan ikan bilis ~
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili mesin sampai agak garing. Lepas tu masukkan garam, perasa jika suka dan sedikit gula. Kacau hingga rata. Kemudian akhir sekali masukkan kentang, tempe dan ikan bilis yg telah digoreng tadi..kacau rata...
SIAPPPP
Selamat mencuba..........: )
No comments:
Post a Comment