Assalamualaikumm....pagi tadi jiran sebelah rumah cik zah bagi buah Keriang Dot...dah lama cik zah tak jumpa buah Keriang Dot ni...seingat ingat cik zah masa zaman sekolah rendah dulu kawan kawan kelas cik zah pernah bawa pegi sekolah...masa tu cik zah sekolah di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera Tok Jalai Kem. Anak askar macam cik zah ni mana tau buah buahan kampung macam ni...bila dengar nama Keriang Dot lagi lah tak tau macam mana rupa....
Haa...ni lah buah Keriang Dot...rupa sebiji macam buah anggur tapi rasa memang tak sama langsung. Buah Keriang Dot ni rasanya manis manis kelat sikit....biji di dalam besar..kalau terlalu masak buah nia akan keluarkan air warna ungu...kalau pegi pasar di utara mesti boleh jumpa kalau ada musim buah ni. Satu tin susu harganya RM2 saja....Setahu cik zah pokok Keriang Dot ni boleh membesar satu pemeluk...kalau nak makan buah ni kena rendam dengan air garam sikit lepas tu baru makan...
Buah Keriang ni ada dua jenis satu yang besar di panggil Keriang Dot dan yang kecil sebesar biji saga rasanya lebih manis di panggil buah Keriang saja...
Ishk mengidamnyer nk mkn buah ni.lama x jmpa buah ni.skang x tau mana nk cari.dok selatan jauh sgt..ada cara lain x nk dptkn buah ni.nk sgt.
ReplyDeleteNak share info...pokok no masih boleh di jumpai di pekan hutang melintang.began datoh .Perak..berbuah sekitar bulan june
ReplyDelete