Saturday 25 June 2011

Oreo Muffin

Salam di petang Sabtu....tengahari tadi cik Zah masak simple sesangat...jadi tak yah lah nak masukkan dlm entri ni...asam rebus isi ikan merah, sayur sawi soreng, sambal tempoyak dan ikan goreng....Simple kan...jadi tak yah lah nak tunjuk2 gambar lauk tu...
Petang ni terlebih rajin sebab pagi tadi selepas p ziarah pusara ayahanda cik Zah dengan adik cik Zah p ronda dkt kedai kek....ingat nak beli cream cheese saja sbb adik cik Zah nak try buat  cheese cake apa ke entah namanya....akhirnya cik Zah borong mcm2 rasa teringin pulak nak buat Oreo Muffin...biasalah orang tua suka makan Oreo mesti lah nak cuba resepi yang guna Oreo...hehehehe..
 
Bahan bahan:
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan butter ~ dicairkan
1 1/2 cawan tepung *
1/3 cawan gula halus
2 sudu teh baiking powder*
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan chocolate chips
1 cawan Oreo ~ patah2kan kecil2

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 180 darjah
2. Pukul telur, susu segar dan butter
3. Tanda * ayak bersama.....campur kesemua bahan kecuali Oreo
4. Bila dah kaup sebati baru masukkan Oreo...adunan ini nampak liat sedikit
5. Masukkan 3/4 ke dalam cup muffin dan bakar antara 15 ke 20 minit
~ Adunan muffin yang telah siap di gaul  ~
 
 
~ Tengok cik Zah silap masukkan separuh sahaja kedlm cup maffin ~


Selamat Mencuba..........: )







 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...