Selamat petang...hari ni cik Zah tak tau nak fikir nak masak apa. Hati masih sayu mengenangkan arwah ayanda...hari ni seminggu arwah meninggalkan kami..perasaan masih lagi sedih..pilu..rindu dan sayu bila terkenangkan arwah...
Tengahari ni cik Zah masak apa yang ada di dapur saja...kebetulan ada nenas cik Zah buat pajeri nenas..lepas tu ada jiran bagi ikan kembung dia buat pekasam cik Zah goreng tambah bawang goreng dan cili padi..lepas tu buah kuinin ada sebiji dua lagi cik zah buat sambal...kawan2 cik Zah kata kalau makan kuinin nanti sakit urat tapi suami cik Zah kata sakit belakang kira yang penting makan sedap..kalau sakit kita p cari ubat urat dkt klinik...
Rasanya tekak orang moden memang tak boleh terima lauk kampung macam ni....tapi kalau tekak orang kampung mesti makan berpinggan pinggan...hahahahaha..mak mertua lalu pun tak nampak .
Yang ni ikan pekasam yang belum digoreng....jiran cik Zah tu memang terror buat pekasam. Selalunya dia buat pekasam ikan darat...ikan sepat..ikan puyu dan ikan lampam.Tapi kali ni dia buat percubaan "Ikan Kembung" dia kata khas untuk orang yang tak makan ikan darat macam cik zah...macih macih kak Pah...
Yang ni cik Zah dah goreng siap letak bawang goreng dgn cili padi.....fuhhh
~ Sambal buah kuinin ~
~ Pajeri Nenas ~
JOM MAKAN................: )
No comments:
Post a Comment